Wednesday, January 28, 2015

Cuti Cuti Cinta di Perak



Taraaaa..cantik tak banner nana???
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini nana nona nak wat segmen. Blog pon dah berhabuk akibat "bz" final exam. Sekarang nih nana nona tengah cuti sem. Hoooraayyyy!!!

SEGMEN CUTI CUTI CINTA ini sempena nana nona yang tengah cuti semester ini.haha Boleh juga untuk sape2 yang nak plan berjalan untuk cuti TAHUN BARU CINA nantii.

SYARAT - SYARAT PENYERTAAN :


  • Wajib FOLLOW blog nana nona ni [[ https://cicaktersepit.blogspot.com  ]]
  • Buat satu entry, letakkan banner yang cantik tu [ perasan je lebih ] dalam entry tuh.
  • Entry tuh mestulah berkisarkan tempat/negeri asal/terkini korang.
  • Pastekan link entry korang kat ruangan komen blog, ok?
  • Top referral yang terbanyak akan masuk dalam bloglist nana nona. [[http://beloglistsayaa.blogspot.com]] 
Ok, sekarang nana nona nak cerita sikit asal usul negeri saya, PERAK.


sumber google. kalau nak tengok siang punye google sendiri.hihi

MENARA JAM CONDONG TELUK INTAN.
 Menara condong adalah sebuah menara jam yang dibina pada tahun 1885. Memiliki ketinggian 85 kaki dan ada 110 anak tangga.



sumber dari google..pape2 google deh

PULAU PANGKOR
Keluasan cuma 2200 hektar dan terletak di perairan Selat Melaka. Disini juga terdapat tempat lain untuk dilawati antaranya Kota Belanda, Tokong Fu Ling yang wujud sejak zaman penjajahan Belanda.


LOST WORLD OF TAMBUN
pemandangan sekeliling LWOT dilatari keindahan alam semula jadi dengan pemandangan hutan batu kapur yang indah, dipercayai berusia lebih 400 tahun, selain tasik yang tenang menghijau dan gunung yang membuatkan anda berasa seperti penjelajah National Geographic.


sumber google

BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT
Bukit Merah Laketown Resort atau 'Bukit Merah Water Park'  terletak di Tasik Bukit MerahGunung Semanggol, daerah Bagan SeraiSelama ,Perak. Disini terdapat pulau orang utan yang merupakn satu2 nya pulau orang utan di Malaysia berkeluasan 35 ekar.

sumber google

HOTSPRING SUNGKAI
Terletak di daerah batang padang, Perak. Bayaran yang dikenakan amatlah berpatutan.sila google. Kalau tak percaya boleh bawa telur ayam mentah untuk di rebus. Ianya hanya mengambil beberapa minit.Terdapat juga penginan homestay berhampiran dengan hotspring ini.


sumber google

GUA TEMPURUNG
Gua Tempurung ialah sebuah gua batu kapur yang terletak di GopengPerak. Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 km dan dipertengahan gua ini terdapat satu stalagmit yang berbentuk seperti gergasi.



INSTITUT PENDIDIKAN

SEKOLAH


Sekolah Tuanku Abdul Rahman ( STAR)
merupakan sebuah sekolah menengah berasrama penuh bantuan kerajaan. Sekolah ini telah dinamakan sempena DYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong Malaysia pertama. Banyak pemimpin yang lahir dibersekolah disini. Antaranya google lah sendiri.hihi


Malay College Kuala Kangsar ( MCKK ) atau dikenali sebagai Kolej Melayu Kuala Kangsar
 merupakan sebuah sekolah berasrama penuh premier lelaki sahaja di Malaysia. Ditubuhkan pada 1905 oleh pihak British atas cadangan daripada R.J. Wilkinson, pegawai pendidikan jajahan pada masa itu. 




UNIVERSITI 


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Untuk pengetahuan semua, UPSI adalah universiti pendidikan pertama di Malaysia. UPSI dulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan Sultan Idris (Sultan Idris Training College atau SITC) di Tanjung Malim. Ditubuhkan pada tahun 1913.


UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS
 Telah ditubuhkan pada 10 Januari 1997 yang mana Petronas dijemput oleh Kerajaan Malaysia membina sebuah universiti. Lain2 google ye..


UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN ( UTAR)


UITM Sri Iskandar dan UITM Tapah




LOGHAT/ DIALEK
Macam dalam cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah dll



KEUNIKAN NAMA TEMPAT 
Ada macam2 changkat : Changkat Lada, Changkat, Changkat Melintang, Changkat Jong, Changkat Petai 
Tanjung : Tanjung Malim, Tanjung Keramat, Tanjung Piandang.
Ada juga nama tempat yg unik seperti parit, dinding, titi gantung, layang2 kiri.


Lai2 sakit tangan menaip. Sesetengah maklumat dicopy paste.hihi. Harap Maklum 


SEKIAN, Jangan lupa join tau!!! 5 top referral blog tertinggi akan dalam dalam bloglist. 

JOM JOIN SEGMEN CUTI CUTI CINTA