Wednesday, August 31, 2011

Tips Pengurusan Kewangan Yang Betul






1. Menerima gaji sepatutnya dan berbelanja kurang daripada pendapatan

Peraturan asas ini nampak mudah tetapi hakikatnya sukar untuk dilaksanakan.Anda perlu tahu sama ada anda menerima gaji yang sepatutnya berbanding kepakaran, keupayaan, produktiviti dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada anda. Menerima gaji rendah daripada yang sepatutnya, walaupun RM1,000 setahun akan memberi kesan yang besar dalam jangka panjang.

Tidak kira berapa gaji anda, jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan.Adalah lebih mudah untuk menyekat perbelanjaan daripada memperoleh pendapatan lebih. Berjimat walaupun sedikit boleh memberi kesan yang besar pada tabungan.

2. Rancang dan patuhi jadual perbelanjaan (bajet)

Rancang perbelanjaan anda. Anda tidak akan mampu berbelanja dan menyimpan pada masa yang sama tanpa perancangan kewangan yang betul.

3. Lunaskan hutang kad kredit

Berterus-terusan mempunyai hutang kad kredit adalah satu kesilapan paling besar. Memang terlalu mudah untuk menggunakan kad kredit tetapi amat payah untuk melunaskan hutang dan akhirnya anda akan terus dibeban hutang..yang BESAR!




4. Mencarum dalam pelan persaraan


Jika syarikat anda menyediakan pelan persaraan, jangan lepaskan peluang untuk mencarum. Jika tiada, pertimbangkan pelan atau skim lain yang disediakan untuk pekerja.




5. Menabung.


Pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya lima peratus ke 10 peratus daripada gaji sebelum menyelesaikan segala bil. Cara paling baik, buat potongan secara automatik untuk akaun yang berbeza.




6. Melabur.


Pastikan anda membuat pelaburan - jika masih ada wang lebih selepas mencarum untuk skim persaraan atau skim simpanan pekerja dan menabung dalam akaun simpanan.




7. Tingkatkan caruman skim kemudahan untuk pekerja


Tambah nilai caruman anda pada skim kemudahan yang disediakan untuk pekerja. Ia akan membantu anda mengurangkan pembayaran cukai dan membataskan perbelanjaan yang tidak perlu.




8. Semak liputan insurans


Ramai orang membeli insurans dengan bayaran premium yang tinggi tanpa terlebih dulu menyelidik sama ada ia perlu atau tidak. Pastikan anda mempunyai insurans secukupnya tetapi pada masa yang sama tidak membebankan kedudukan kewangan.




9. Kemas kini wasiat


Lindungi orang yang disayangi. Pastikan anda membuat wasiat tidak kira berapa sedikit pun harta anda. Kira-kira 70 peratus warga Amerika tidak mempunyai wasiat.




10. Simpan rekod kewangan dengan baik


Jika anda tidak menyimpan semua rekod perbelanjaan, anda mungkin terlepas pandang untuk mendapatkan pengecualian cukai untuk perbelanjaan tertentu.

Sunday, August 28, 2011

Migrain Memang Bukan Sakit Kepala..Cuba Baca...

  Migrain, berbanding dengan sakit kepala, boleh menyebabkan kesakitan yang melemahkan tubuh bagi ramai orang yang menghidapnya, yang boleh berlarutan selama berjam-jam dan adakalanya berhari-hari. Sakit kepala, sebaliknya, tidaklah sebagaimana teruk atau kroniknya migrain, tetapi ia juga tidak selesa sebagaimana migrain.

   Menurut Yayasan Penyelidikan Migrain (Migraine Research Foundation), migrain boleh diiringi oleh beberapa gejala lain termasuk: gangguan penglihatan, rasa loya, muntah, pening, menjadi sangat sensitif pada bunyi, cahaya, sentuhan dan bau, dan rasa menyengat atau kebas pada bahagian muka.

  Yayasan itu juga menerangkan bahawa migrain adalah dianggap sebagai satu sindrom dan menggambarkannya sebagai “satu koleksi gejala-gejala yang timbul dari satu punca biasa [dan] diklasifikasikan mengikut kumpulan gejala-gejalanya. Oleh kerana gejala-gejalanya adalah sangat berbeza, migrain sering tersalah didiagnos.”
   Malangnya, tiada penawar untuknya pada masa kini. Walau bagaimanapun, ubat-ubatan dan rawatan yang boleh membantu untuk mengurangkan beberapa kesakitan dan gejala-gejalanya ada boleh didapati. Berundinglah dengan doktor anda jika anda menghidap migrain membantu menentukan rawatan yang terbaik.


Rayakan Aidilfitrimu Dengan Takwa






Setelah berjaya menunaikan ibadat puasa selama sebulan pada bulan Ramadhan dengan pelbagai ujian dan dugaan, umat Islam menyambut Hari Raya Puasa atau Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kemenangan dan kejayaan.

            Hari Raya Puasa atau Hari Raya Aidilfitri tentulah akan disambut dengan penuh meriah. Walau bagaimanapun Islam melarang umatnya membazir dan berbelanja secara berlebih-lebihan semasa menyambut hari  perayaan ini.

Firman Allah SWT yang bermaksud: ”…dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan sedang syaitan itu pulaadalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya” (al-Israa’:26-27)

                                                                                               
Oleh itu umat Islam mestilah menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan penuh bermakna melakukan perkara-perkara kebaikan dan meninggalkan perkara-perkara mungkar .Amalan pada malam Hari Raya Aidilfitri adalah disunatkan supaya membanyakkan amalan berzikir.Takbir raya eloklah dilakukan di mana sahaja dan pada sebarang waktu, sama ada selepas sembahyang fardhu, ketika menziarahi saudara-mara, menerima tetamu dan sebagainya.

            Secara khususnya waktu takbir Hari Raya Aidilfitri bermula dari sejak matahari terbenam pada akhir bulan Ramadhan.

            Takbir Hari Raya Aidilfitri adalah disunatkan bertakbir pada sepanjang malam hari raya tersebut sama ada dirumah, masjid,surau  dan sebagainya.   Di setengah kampung dan tempat, amalan bertakbir sudah menjadi kebiasaan dan tradisi yang baik yang diikuti dengan majlis tahlil serta berkunjung ke rumah-rumah jiran atau saudara-mara bagi merapatkan silatul rahim di samping menjamu hidangan yang disediakan.

            Amalan dan nilai murni menyambut hari raya Aidilfitri seperti ini wajarlah dikekalkan. Daripada Abu Umamah RA, daripada Rasulullah SAW sabdanya:” Sekiranya mengerjakan amal ibadat pada malam  Hari Raya (Aidifitri dan Aidiladha) dengan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari kiamat) sebagaimana matinya hati (orang-orang yang kufur ingkar) pada hari itu” (HR Ibnu Majah)

Sembahyang sunat hari raya disyariatkan selepas hijrah. Dalam hal ini Anas bin Malik berkata; Rasulullah SAW datang ke Madinah ketika itu penduduk Madinah telah mempunyai dua hari besar yang sentiasa mereka rayakan. Lantaran itu Rasulullah SAW bersabda :  “Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikan  dua hari itu dengan yang lebih baik bagi kamu, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha”
                    (HR: Ahmad, Abu Daud, Nassa’ei dan Al-Baihaqi)

Allah SWT. berfirman yang maksudnya:
“…Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur”
                                                 (Al-Baqarah: 185)

Jelaslah bahawa Hari Raya Aidilfitri adalah hari kebesaran untuk mengagungkan Allah dan bersyukur atas segala nikmat dan petunjuk yang diberikan-Nya. Antara cara kesyukuran yang patut ditunjukkan ialah kesederhanaan dalam apa juga  keadaan ketika menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri tanpa pembaziran, boros, atau menunjuk-nunjuk.

            Amalan dan nilai murni yang wajar dilakukan ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri ialah menghidupkan malam dengan ibadat.  Antara ibadat tersebut ialah banyakkan berzikir, istighfar,bersedekah, membaca al-Quran dan memuji kebesaran Allah SWT. Manakala amalan yang baik sebelum menunaikan sembahyang hari raya disuruh mandi bersugi (membersihkan gigi) dan memakai wangi-wangian. Disunatkan menjamah makanan sebelum pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang sunat hari raya Aidilfitri.

            Sewajarnya dalam mengerjakan sembahyang Aidilfitri atau berziarah kita disuruh memakai pakaian yang bersih dan cantik. Hassan bin Ali berkata, “Rasulullah SAW. menyuruh kami memakai pakaian yang paling bagus dan baik serta memakai minyak wangi yang paling bermutu bergantung kepada kemampuan kami”.

            Amalan mulia ini haruslah digalakkan kepada umat Islam kerana ia menunjukkan kebersihan dan kegembiraan ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri. Buraidah berkata; “Rasulullah SAW tidak berangkat menunaikan sembahyang sunat Aidilfitri sebelum baginda SAW makan. Sebaliknya untuk sembahyang Aidilfitri, Rasulullah SAW tidak makan sebelum selesai mengerjakan sembahyang. Setelah selesai sembahyang, barulah Rasulullah SAW Memakan hati binatang yang telah dimasak iaitu kurbannya”.

            Pelbagai amalan yang baik boleh dilakukan sempena Hari Raya Aidilfitri antaranya menggeratkan hubungan silaturahim dengan berkunjung ke rumah saudara mara, sahabat handai dan jiran tetangga. Menziarahi kubur juga digalakkan dilakukan pada hari raya Aidilfitri seperti yang lazim dilakukan oleh umat Islam di negara ini, sebagai mengingati mereka yang telah pergi.

Kesimpulannya, sambutan Hari Raya Aidilfitri bolehlah dilakukan mengikut tradisi dan budaya Melayu serta berlandaskan Islam dengan melakukan sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri dan kemudian ziarah-menziarahi sesama sanak saudara, sahabat handai juga jiran tetangga untuk mengukuhkan silatul rahim di kalangan umat Islam dan sebagai tanda kesyukuran kehadrat Allah atas segala nikmat-Nya serta meraikan kejayaan menunaikan sebulan berpuasa dalam bulan Ramadhan.

Amalan Baik Menyambut Hari Raya Aidilfitri






Setiap individu Muslim dan Muslimah wajib menilai segala aktiviti yang telah berjalan selama ini, yang sesetengahnya telah menjadi 'budaya' termasuk bentuk acara menyambut Aidil Fitri. Ciri-ciri yang diambil dari budaya luar Islam atau warisan budaya asing, yang tidak sesuai dengan aqidah dan syari'ah Islam hendaklah ditinggalkan.

Jangan jadikan sambutan Hari Raya sebagai alasan untuk kita membazir dengan membeli pelbagai barang keperluan Hari Raya seperti perabut atau perhiasan rumah demi untuk bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk. Kita boleh menyediakan makanan, juadah dan kuih-muih untuk Hari Raya tetapi hendaklah dalam bentuk sederhana dan mestilah sesuai dengan ekonomi keluarga.

Jangan jadikan alasan berhari raya untuk kita mudah menghulurkan tangan bersalaman dengan semua orang ketika ziarah menziarahi. Ingatlah bahawa hukumnya haram bersalaman antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim walaupun orang yang kita bersalaman itu dianggap seperti saudara kandung sendiri. 

Ada yang sanggup bersusah payah untuk pergi ke masjid untuk menunaikan solat sunat Hari Raya sedangkan solat yang fardhu langsung tidak ditunaikan. Mana satukah yang wajib dilakukan?

Memang tidak dinafikan bahawa dalam bulan Syawal nanti pasti akan ada banyak Rumah Terbuka. Makanlah sekadar yang mampu dan janganlah sehingga sampai membawa mudharat kepada diri sendiri akibat terlebih makan.

Amalan bermaaf-maafan bukanlah hanya esklusif kepada Hari Raya sahaja. Ia seharusnya diperluaskan kepada setiap masa kerana bermaaf-maafan ini adalah satu amlan yang amat dituntut agama. Amalan meminta maaf juga perlulah dilakukan dengan segera apabila kita terasa telah melakukan kesilapan serta kesalahan pada orang lain.

Selalunya semasa Hari Rayalah pelbagai rancangan hiburan akan ditayangkan di kaca TV dan ramai yang 'melekat' di rumah tanpa pergi ziarah-menziarahi sanak saudara dan sahabat handai. Amalan ziarah- menziarahi orang tua, sandara-mara, kaum kerabat, orang-orang yang berjasa kepada kita seperti para guru dan sabahat handai ini sebenarnya tidak terbatas sempena Hari Raya sahaja, tetapi perlu dilakukan pada hari dan bulan lain yang sesuai dari semasa ke semasa, sebagaimana sabda Rasullullah s.a.w.yang bermaksud : " Ziarahilah saudara mara kamu dari masa ke masa kerana ia boleh menambahkan kasih sayang."  Lebih-lebih lagi menziarahi ibu bapa kita, hendaklah dilakukan lebih kerap dan janganlah menunggu Hari Raya sahaja.

Janganlah pula kita asyik berhari raya sepanjang bulan Syawal sehinggakan kita terlupa untuk menunaikan ibadah sunat berpuasa 6 hari di dalam bulan Syawal  kerana besar fadhilatnya sepertimana hadis dari Nabi Muhammad SAW yang bermaksud “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan , kemudian diikuti dengan 6 hari daripada Syawal, adalah seperti berpuasa setahun.”(Hadis riwayat Muslim).

Diharap sambutan Hari Raya Aidil Fitri kita itu tidak melampaui batas dan janganlah pula kerana alasan nak menyambut Hari Raya , kita mengenepikan soal hukum hakam. Janganlah dijadikan Syawal itu merosakkan segala pahala yang telah dikumpul sepanjang bulan Ramadhan.  

Friday, August 26, 2011

Lokasi Speed Trap Sepanjang Perayaan Musim Aidil Fitri 2011




PLUS Arah Utara (Dari KL):


1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)


PLUS Arah Selatan:


1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak

PLUS Tengah:


1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi


NKVE


1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam

KESAS


1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom
ELITE (Dari arah KLIA)


1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ
JALAN PERSEKUTUAN


1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras

Sunday, August 14, 2011

Perhatian Semua..!!




BABI SUDAH JELAS HARAMNYA PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM 


RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, 


PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & 


JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, 


UUM, USM, UM, UKM, & CAP.




SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI

> 1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )


> 2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )

> 3. Ajinomoto ( Thailand )

> 4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas

> 5. Semua tauhu buatan Orang Cina

> 6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand

> 7. Sabun FAB berbuku

> 8. Lobak Jeruk

> 9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)

> 10. Krim Muka Hazeline Snow




SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT BABI, URI & BINATANG YANG 


TIDAK HALAL)

> 1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi

> 2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ika n buatan Orang Cina

> 3.. Daging Burger Import

> 4.. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina

> 5. Kasut Bola Jenis ' Gold Cup'

> 6. Berus Gigi Jenis ' Reach'

> 7. Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam

> 8. Semua sabun mandi yang diimport

> 9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL

> 10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam

> 11. Have Pearl Cream

> 12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald

> 13. Ubat Kurap buatan Org Cina

> 14.. Beehon Segera Siam

> 16. Sabun Mandi Yang Berminyak







SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL )


> 1. Bosset Wine Gum

> 2. Dairy Milk Coklat

> 3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum

> 4. Sugus Strawberry

> 5. Passer Doily Mixture

> 6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint

> 7. Scothes Vikmin

> 8. Share Extra Atrenght

> 9. Black Current Jelly

> 10. Royal Gulaman & Decart Oranges

> 11. Valvis Gelatin

> 12. Sarung Kapsul Ubat

> 13. Ais Krim dalam bekas plastik

> 14. Gula-gula Fruities

> 15 Cake Mets Vilber Punch

> 16 Coklat Cake

> 17 Tepung Kastard Lady's Choice

> 18 Semua jenis Jelly

> 19 Semua jenis gincu bibir

> 20 Keseluruhan Jenis Sheisedo

> 21 Lady's Choice Jelly



SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA


> 1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA

> 2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD

> 3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )

> 4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN

> 5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP

> 6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING

> 7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND




Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberitahu 




perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas


terutama pakaian sembahyang.




TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA.

Confirm - Pringles Potato Chips - tidak HALAL !!




AMARAN OLEH KERAJAAN M'SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN!

Ref. Message: Pringles Potato Chips


Looks like you have to find another alternative to munch.

Just to let you and gang know......... I have checked.. It's true that the chips 


contain Emulsifier.





Dr Safurah Hj Jaafar ;

Principal Assistant Director;

Ministry of Health , Malaysia ;

Tel: 03-2540088.