Sunday, September 18, 2011

Huhhhh, Siap pon....!!Jom Baca Kegunaan Cahaya Laser Pada Abad Ini...



 




  PENDAHULUAN

-          Laser atau nama saintifiknya ‘Light Amplication Stimulated Radiation’ membawa maksud sumber cahaya yang diperkuatkan hasil daripada rangsangan atau stimulasi pancaran radiasi.
-          Teori cahaya laser telah ditemui oleh pakar fizik yang terkenal iaitu Dr. Elbert Einstein pada tahun 1920.
-          Bagaimanapun, setelah 40 tahun kemudian, barulah teori tersebut dapat dipraktikkan.
-          Penggunaannya  dapat memudahkan sesuatu perkara yang sukar dalam pelbagai bidang.







  
    ISI PERTAMA

Perubatan
-          Sesuai untuk rawatan mata seperti bahagian kornea dan retina.
-          Digunakan untuk rawatan dermatologi(kulit) dengan membuang tanda-tanda yang tidak dihendaki oleh pesakit seperti tanda lahir/memecah batu karang dalam buah pinggang
-          Mengawal pendarahan yang berlaku dalam perut seperti ulser gastrik.
-          kaedah fotodinamik digunakan untuk mengesan sel-sel barah dengan memancarkan laser ultra ke dalam tubuh pesakit
-          Kelebihan menggunakan laser dalam rawatan perubatan atau pembedahan dapat mengurangkan luka serta mengelakkan kehilangan banyak darah berbanding kaedah pembedahan terbuka menggunakan pisau pembedahan biasa.
-          Penggunaan cahaya  laser yang terbaru digunakan dalam proses berkhatan.







       ISI KEDUA

Hiburan
-          mempunyai pancaran yang berkilau dan menarik.
-          Penggunaan cahaya laser sebagai pertunjukan cahaya dalam perasmian atau temasya-temasya besar mempersonakan pengunjung.
-          Contoh : Semasa Sukan Komanwel diadakan di Malaysia pada tahun 1998, cahaya laser digunakan untuk memeriahkan persembahan semasa upacara pembukaan dan penutupan.
-          Aplikasi laser dalam CD dan VCD. Alat CD dan VCD yang kita gunakan untuk menonton filem atau mendengar lagu juga memerlukan cahaya laser. Cahaya laser yang terkena pada permukaan cakera akan terpantul kembali dan terperangkap oleh penerima yang kemudiannya menukar data atau maklumat kepada format agar kita dapat menikmati dalam bentuk filem atau lagu.

   





     ISI KETIGA

Perindustrian
-          Dalam industri perkilangan, laser digunakan untuk memotong, menggerudi dan menanda logam yang akan dikeluarkan.
-          Misalnya, laser dapat memotong logam yang mempunyai ketebalan hingga tahap 30mm serta mampu member ketepatan pada kadar lebih kurang 0.025mm.
-          Boleh digunakan untuk memotong bahan keras seperti intan dan titanium.
-          Menjimatkan kos dan memudahkan kerja. Penggunaannya membolehkan pengusaha perindustrian logam dapat keuntungan yang banyak kerana kerja memotong logam dapat dilakukan dengan cepat tanpa berlaku pencemaran.
-           







    ISI KEEMPAT

Teknologi dalam penggurusan
-          Mengimbas imej dengan lebih jelas.
-          Cahaya laser juga digunakan dalam pencetak laser.
-          Laser digunakan untuk mengimbas drum da fotokonduktif (seperti kamera merakam imej pada negatif) berdasarkam maklumat imej yang diterima.
-          Berbeza dengan mesin fotokopi, ia mengimbas imej dengan menggunakan lampu cahaya tinggi dan imej tidak jitu kerana cahaya lampu tidak seterang cahaya laser.
-          Penggunaan kod bar pada barangan atau produk dalam pasaraya besar juga memerlukan laser.
-          Garis-garis yang berbeza jaraknya antara satu sama lain membolehkan laser mengimbas kod bar tersebut dan diterjemahkan kepada pelbagai maklumat, antaranya harga, jenis dan kod barang tersebut.






     ISI KELIMA

KESELAMATAN
-          Dalam ketenteraan laser digunakan untuk membetulkan bidikan senjata sebelum menembak sama ada pistol, senapang atau peluru berpandu.
-          Polis menggunakan laser untuk mengesan kelajuan kenderaan.
-          Sistem penggera. Dari segi keselamatan pula, banyak penggera sekarang ini menggunakan laser untuk mendapatkan ciri penggesan yang baik.
-          Sistem pengimbasan. Menggesan barang berbahaya atau senjata contohnya di lapangan terbang.




      PENUTUP

-          Dapat menyumbang kepada perubahan dalam sesuatu bidang teknologi
-          Penyelidikan dan pembangunaan teknologi laser ini perlu dilakukan dengan lebih mendalam lagi untuk memastikan negara tidak ketinggalan dalam bidang ini kerana laser boleh dilihat sebagai pemangkin kepada teknologi baru.













 


4 comments:

Add Remove Block said...

wahh ..penerangan berjadual, mcam lam buku teks je ... 40 tahun lepas diperkenalkan baharu digunakan rupanya ... Info baru ni.

budakijaupendek said...

ohh ada kelebihan rupanya laser ni..
nice entry =)

hana said...

nice la cara penulisan awak..
memang terbaik..
=D

kunci locker said...

wow...cr terbaik nak wt penerangan...terbaik la...hahaha