Sunday, October 2, 2011

Senarai Nama Peserta Ustazah Pilihan Astro Oasis


Astro Oasis, Berita Artis, Busana Muslimah, Imam Muda, Program Realiti Selepas program Imam Muda I dan II telah mendapat sambutan yang agak membrangsangkan, kini pencarian pelapis pendakwah muda wanita telah bermula dimana pihak Astro Oasis berjaya memilih 11 calon untuk program Ustazah Pilihan selepas beberapa siri uji bakat yang diadakan di beberapa lokasi seluruh negara bermula Julai 2011. Daripada 40 peserta yang di senarai pendekkan, hanya memilih 11 peserta kerana mereka dilihat layak untuk menyertai rancangan berkenaan berdasarkan pengetahuan masing-masing.



Antara kelebihan peserta terpilih adalah berkelulusan universiti dan boleh bertutur dalam bahasa asing seperti bahasa Arab dan Parsi. Mereka akan di uji dengan tugasan mengendalikan permasalahan berkaitan wanita dan berdakwah kepada orang lain. Mereka akan dilatih untuk menjadi wanita yang berkualiti daripada segi pemikiran dan perwatakan agar dapat menjadi ikon muslimah sehingga ke peringkat antarabangsa.
Berikut adalah senarai 11 peserta Ustazah Pilihan.

* Nur Atieqah Mohd Zainudin (Atiqah) 20,
* Nur Aqidah Mawardi (Aqidah) 21.
* Nun Faizah Rohana Mustapha (Faizah) 21.
* Siti Fatimah Mad Yatim (Fatimah) 21.
* Masfira Hilman (Fira) 27.
* Firuz Akhtar Mohamad Bohari (Firuz) 27.
* Siti Nor Hafidza Razali (Fizah) 21.
* Nurul Hidayah Kamarudin (Hidaya) 26.
* Nina Syazmeen Mohd Din (Nina) 23.
* Siti Fatimah Mohd Sharif (Siti) 26.
* Maryanti Ramle (Yanti) 23.



4 comments:

luqman zakaria said...

tanhiah kepada semua finalist!

smilenajah93 said...

vote for kawan punye kakak , firuz :)

mNadeshiko said...

tahniah~
vote kakak punye kawan, firuz :)

Ayien Ocaca said...

juz wish them luck....
voting ni tak baik la...
chaiyok to them !!