Sunday, November 27, 2011

Blog Saya Telah Di REVIEW oleh Cik Yoora

saje nak cakap tu je..hehehe
nak baca selanjutnya klik kat sini 


JOM KLIK KAT SINI

Nytez sume!! 

Rahsia Yang Tersembunyi Pada Handset NOKIA





RAHSIA HANDSET KETIKA KECEMASAN 
Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan. Banyak perkara yang boleh anda lakukan, antaranya : -


1.Nombor Kecemasan

Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada di kawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci(Keypad lock).


 2. Kereta terkunci

Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar?? Pasti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera(alarm) sahaja. 


Caranya, cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm(satu kaki) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat 'ON' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Kerana itu juga, penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.


 3. Kuasa bateri tersembunyi

Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. 


Untuk mengaktifkannya, tekan kekunci *3370#. Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .(sstengah jenis tepon nokia gak)


 4. Telefon dicuri

Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda, sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat selamat. 


Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak dapat mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia di curi, namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.hohoh..padan muka kaw!


Kebanyakan tips ini boleh digunapakai untuk telefon bimbit jenama Nokia.:)



CARA2 FORMAT HANDSET
Adakah yang memiliki enset nokia jenis s60 (Nokia N70, N73, 7610, 6600, N-gage, 6120 Classic)?Format tepon jika msuk virus?xperlu p kdai tepon or klinik handphone or wateva lah yg mnyakitkan ati krana mngmbil upah yg tggi.Kat sni aq akan bgi tutorial cket sal nk FORMAT HANDSET JENIS SYMBIAN 60 pada kwang.

1. Pertama skali, save and backup sumer data2 dalam memori enset kwang(nota,mssge,draft mssge,cntact,pic) kepada memori kad.klau nk backup bleyh gnakan NOKIA PC Suite kat pc kwang tu


2. Selepas sudah backup data2 trsebut,kuarkan memori kad kwang n off enset trsebut.


3. Dalam keadaan off,
Tekan butang dail (green button)
Butang bernombor 3
Tekan butang bintang * (star)
On handset korang
Jangan lepas satu butang pun hinggalah screen menunjukkan abjad FORMAT
Masa yang diperlukan lbeyh krang 5 minit.


4. Kesemua step diatas haruslah dibuat serentak sehingga kuar waktu yg perlu diset smula.

5. DONE! Anda brjaye mmformat tepon anda!




BUTANG RAHSIA NOKIA


Berikut ini adalah kunci kod butang rahsia yang boleh anda lakukan sendiri dengan menekan pada key pad hp anda yang berjenama Nokia sama ada cdma maupun yang gsm. 1.
Melihat IMEI (International Mobile Equipment Identity) Caranya tekan butang * # 0 6 # 2.
Melihat versi software, tarikh pembuatan softwre dan jenis compresion software Caranya tekan * # 0 0 0 0 # Jika tidak gagal coba butang * # 9 9 9 9 # 3.
Melihat status call waiting Caranya tekan * # 4 3 # 4.
Melihat nombor / nombor private number yang menghubungi handphone anda Caranya tekan * # 3 0 # 5.
Menampilkan nombr pengalihan telefon all calls Caranya tekan * # 2 1 # 6.
Melihat nombor pemanggil pada pengalihan telefon kerana tidak anda jawab (call divert on) Caranya tekan * # 6 1 # 7.
Melihat nombor pemanggil pada pengalihan panggilan kerana di luar jangkauan (call divert on) Caranya tekan * # 6 2 # 8.
Melihat nombor pemanggil pada pengalihan panggilann kerana sibuk (call divert on) Caranya tekan * # 6 7 # 9.
Mengubah logo operator pada nokia type 3310 dan 3330 Caranya tekan * # 6 7 7 0 5 6 4 6 # 10.
Menampilkan status sim clock Caranya tekan * # 7 4 6 0 2 5 6 2 5 # 11.
Berpindah ke profil profile handphone anda Caranya tekan tombol power off tanpa ditahan 12.
Mengubah setting hp nokia ke default atau aturan kilang Caranya tekan * # 7 7 8 0 # 13.
Melakukan reset timer handphone dan score game hp nokia Caranya tekan * # 7 3 # 14.
Melihat status call waiting Caranya tekan * # 4 3 # 15.
Melihat kod pengilang atau factory code Caranya tekan * # 7 7 6 0 # 16.
Menampilkan serial number atau nomer seri hp, tarikh pengilangan,tarikh pembelian, dan tarikh service terakhir, transfer user data. Untuk keluar handphone harus direset balik. Caranya tekan * # 92702689 # 17.
Melihat kod pengamanan handphone anda Caranya tekan * # 2 6 4 0 # 18.
Melihat alamat ip perangkat keras bluetooth anda Caranya tekan * # 2 8 2 0 # 19.
Mengaktifkan EFR dengan kuality suara terbaik namun bazir energi batery Untuk meng off gunakan kod yang sama. Caranya tekan * # 3 3 7 0 # 20.
Mengaktifkan EFR dengan kuality suara terendah namun jimat energi batery. Untuk mematikan gunakan kod yang sama. Caranya tekan * # 4 7 2 0 # 21.
Menuju isi phone book dengan cepat di handphone nokia Caranya tekan nombor urut lalu # contoh : 150# 22.
Mengalihkan panggilan ke nombor yang dituju untuk semua panggilan Caranya tekan * * 2 1 * Nombor Tujuan # 23.
Mengalihkan panggilan ke nomor yang dituju untuk panggilan yang tidak terjawab Caranya tekan * * 6 1 * Nombor Tujuan # 24.
Mengalihkan panggilan ke nombor yang dituju untuk panggilan ketika telefon bimbit anda sedang sibuk Caranya tekan * * 6 7 * Nomor Tujuan #



credit to batakspunyer

Thursday, November 24, 2011

Cerita Yang Patut Diambil Iktibar







Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj.  "Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya. "Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.

Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.

"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar

 anak-anak mengadu tentang papa mereka.

"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.

Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!" sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. "Asal saya balik rumah mesti bersepak. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

"Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut.

"Fail saya kat depan tu mana?"

"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."

"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.

Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya.

"Laila…" Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

"Saya nak ke out station minggu depan."

"Lama?" Soal Laila.

"Dalam seminggu."

"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"

"Budak-budak?"

"Ikut jugalah."

"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu…"

"Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila.

Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.

" Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana."

"Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya.

Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!"

"Manalah saya ada masa.."

 "Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!"

 Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka pulangkan balik!" Kata-kata itu bergema di fikirannya.

Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya.. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..

"Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu.

"Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah."

"Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya.

"Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?"

Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.

"Awak masak apa?"

"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.

"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!"

"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.

"Keluar!"

"Mama dah masak Pa!"

"Awak saja makan!"

"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"

Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan.

"Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.

"Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan."

"Abang tak suka tengok papa marah-marah.."

 "Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?"

Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.

"Laila.." serunya

"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.

"Sunyi pulak rumah ni mak,"

"Lama-lama kau biasalah."

Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.

"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu."

"Tak ada lah?"

"Ingat papa ni cop duit?"

Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang. Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.

"Awak tak sihat ke?"

Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan.

Baju mamanya dipegang kejap. Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"

Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

"Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan." Ujar Laila perlahan.

"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana, kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah.

Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.

 "Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.

 "Abang!"

"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti.. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.
Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk.
"Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti." Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.

"Laila…"

 "Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat.

 "Wangi-wangi lagi. Dating ye?"

"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.

"Ikut boleh?"

"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.

"Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami."

"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. "

"Papa pesanlah..."

"Nantilah besar sikit." Dalihnya.

"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun."

"Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"Laila terdiam.

"Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."

"Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik."

"Mama tanya sikit boleh?" Dia mengangguk "Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?"

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah.

Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

"Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya.

Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian.

 "Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan!"

Laila merenungnya dalam... Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa.. "Kalau tak suka pulangkan," Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga. Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila…
Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah.

 Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya.. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..

Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan.

Keistimewaan Serangga Belalang



BELALANG ialah sejenis serangga yang mempunyai kaki belakang panjang yang kuat untuk melompat. Seekor belalang boleh melompat sejauh 40 kali ganda panjang badannya. Belalang mempunyai sesungut yang pendek dan memakan tumbuhan.

Belalang bersayap dan dari keluarga Locustidae atau Acrididae dan Tettigoniidae. Terdapat beberapa jenis spesies belalang yang dikenali di alam Melayu.

Ada belalang yang digelar belalang ranting (Phasmidae) dan belalang daun (Phyllidae) kerana sifatnya yang menyerupai daun dan ranting.

Apabila belalang itu hinggap di atas ranting atau daun, tubuhnya berupaya menyesuaikan warna dan bentuk dengan keadaan di mana ia berada.

Orang Melayu memberi banyak gelaran kepada belalang.

Lain daerah, lain panggilannya seperti cengkadak, mengkadak, cencadu, sentadu, centadu, kacung, cengkadu, cengkaduk, ketenun dan sebagainya.

Cengkadak hanya mempunyai satu telinga dan biasanya tubuh cengkadak berwarna hijau pucat atau warna perang.

Cengkadak mempunyai sepasang kaki untuk berjalan dan sepasang tangan untuk menangkap mangsanya iaitu serangga hidup dan juga serangga jenis belalang.

Cengkadak betina akan memakan pasangannya selepas bersenggama.

Di kampung-kampung dahulu, kanak-kanak gemar bermain dengan belalang kacung.

Cara bermain, pegang bahagian belalang kacung dan dihadapkan ke muka kita. Ia boleh membuat pelbagai gerak yang boleh menghiburkan kanak-kanak yang bermain dengannya.

Di kawasan yang banyak ladang dan sawah, belalang dianggap sebagai serangga perosak kerana belalang memakan daun-daun.

Sebab itulah di kebanyakan kawasan di Indonesia dan Malaysia, masih diamalkan ritual untuk mengelakkan musibah semasa musim padi berbuah.

Di Indonesia, terdapat upacara menghalau musibah dengan menghantar sajen ke laut. Anggapannya, musibah itu dibawa angin laut ke ladang atau sawah bendang mereka justeru harus dihantar pulang semula ke laut.

Cengkerik juga termasuk dalam keluarga belalang.

Cengkerik mempunyai sesungut yang panjang serta kaki belakang panjang untuk melompat.

Cengkerik jantan mengeluarkan bunyi yang kuat dengan cara menggosokkan kepak.

Terdapat satu salur sepanjang bawah kepak cengkerik yang berbentuk seperti sikat.

Bunyi cengkerik terhasil apabila bahagian atas kepak digerakkan sepanjang sikat di bawah kepak sebelah.

Apabila cengkerik menghasilkan bunyi, cengkerik turut membuka kepaknya ke atas menyebabkan membran kepak itu bertindak sebagai satu layar akustik seperti petikan tali gitar.

Cengkerik hanya aktif pada waktu malam. Sebab itulah orang Melayu mengatakan jika cengkerik sudah berbunyi, itu memberi tanda waktu bahawa hari sudah nak senja.

Dalam dunia Melayu, cengkerik kurang dihargai.

Namun di sesetengah negara, cengkerik tinggi nilainya dan dijadikan haiwan peliharaan.

Di China, cengkerik dianggap membawa tuah. Ada juga yang menjadikan cengkerik santapan makanan. Sebaliknya, orang Melayu menggunakan cengkerik sebagai umpan mengail ikan keli.

Sekiranya cengkerik tidak dipedulikan, belalang kunyit pula menjadi makanan cemil-cemilan yang menyelerakan.

Di Indonesia dan utara Malaysia, belalang goreng adalah makanan yang dianggap lazat dan mempunyai khasiat.

Belalang dipercayai mampu menguatkan otak sehinggakan anak-anak yang kurang cerdas disuruh kerap memakan belalang.

Belalang juga dikatakan sebagai ubat menguatkan tenaga batin lelaki.

Dalam cerita-cerita rakyat Melayu, Cerita Pak Belalang merupakan cerita jenaka yang popular.

Kenapa nama anak petani yang malas itu adalah Belalang?

Ternyata masyarakat Melayu menyesuaikan nama itu dengan kepercayaan orang Melayu bahawa belalang adalah serangga yang bijak dan mampu membuat manusia bijak jika memakannya.

Cerita tentang belalang....

Terdapat satu cerita tentang seekor belalang yang telah sekian lama terkurung dalam sebuah kotak. Suatu hari, belalang berupaya melepaskan dirinya.
Dengan gembira, belalang melompat-lompat menikmati kebebasannya.
Dalam perjalanan, belalang itu bertemu dengan seekor belalang lain.
Belalang itu jadi hairan kenapa belalang yang ditemuinya berupaya melompat lebih tinggi daripadanya. Belalang yang pandai melompat tinggi itu kemudian menjelaskan kepadanya bahawa semua belalang yang hidup di alam bebas berupaya melompat tinggi.
'Di manakah kau tinggal selama ini?' tanya belalang itu kepada belalang yang kehairanan tadi.
Pada ketika itu, barulah belalang yang selama ini tinggal di kotak sedar bahawa kotak itulah yang membuat dia tidak boleh melompat tinggi dan jauh.

Pengajarannya.....

, kita harus keluar daripada kotak pemikiran negatif yang selama ini membelenggu fikiran kita. Ada kalanya pegangan dan kepercayaan lapuk terlalu mengongkong kita sehingga kita menjadi rendah diri dan tidak yakin dengan kemampuan yang kita miliki.

Seterusnya, belenggu kepercayaan negatif ini akan membuatkan kita tidak berani menempuh cabaran dan menyebabkan kita tidak boleh maju.

Peribahasa 'lain ladang lain belalang, lain lubuk lain ikannya' memberi maksud lain negeri lain adat resamnya.

'Belalang dapat menuai' bermaksud mendapat keuntungan yang tidak sengaja ketika melakukan sesuatu pekerjaan.

'Mencari belalang atas akar' bermaksud melakukan pekerjaan yang mustahil mendatangkan hasil.

'Belalang menjadi helang' bermaksud orang yang hina dan bodoh telah menjadi cerdik dan mulia.

'Mata belalang belum pecah sudah hendak membuta' pula sering ditujukan kepada orang yang terlalu awal hendak tidur malam.

Monday, November 21, 2011

Watak pengguna Facebook, Yang Mana Satu Anda?


* MODEL : Tukar gambar setiap hari 
* PENJENAYAH : Tukar nama setiap hari. 
* OVER ACTING @ PERASAN BAGUS : Namanya menggunakan simbol2 sehingga menyusahkan kwn2 nak cari terutamanya ketika kecemasan (Contoh :: 71M@T -> Jimat) 
* WARTAWAN : suka menyebarkan pesanan, walaupun tak penting!  
* PENGGANAS : Suka menyebarkan link yang menakutkan (contoh : sila sebarkan pesanan ini jika tidak anda akan ditimpa kesusahan @ bencana etc) 
* BINTANG FILEM : Suka update status setiap 5 minit 
* BINGUNG : Tidak dapat membezakan ruang untuk wall post atau status -.-' 
* PERASAN HEBAT : Selalu melaporkan dimana lokasi semasa setiap masa ! Contoh ( otw ke Mydin Mall ) kemudian ( di Mydin Mall shopping jap ) kemudian ( karaoke di Mydin Mall ) bla..bla..bla.. Semuanya berlaku dlm 1 jam. So annoying okayy  
* BUDAK HINGUSAN : Selalu menampilkan gambar dgn gaya aksi ! (contohnya amek gmbr dgn mulut terbuka luas, tak takut ke lalat masuk dlm mulut ?) 
* SHOWOFF : Nak makan pun siap ambil gambar dulu dan dibuat pic profile. MOTIFFFFFF ? :DD 

Sunday, November 20, 2011

Doa Seorang Kekasih

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan
Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu
Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa
Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai
Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri
Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala


Sape perasan tu lirik kumpulan IN TEAM ?
Tiba - tiba rasa nak postkan entry pasal nih
Jom hayati video nih




Sunday, November 6, 2011

Tips Mengecilkan Perut Buncit

 Mempunyai perut buncit adalah hal yang sangat tidak menyenangkan. Perut bukan organ yang berukuran besar tetapi memiliki kemampuan untuk meregangkan dan menyusut sesuai dengan jumlah makanan yang dimakan saat itu. Jika Anda konsisten mengkonsumsi makanan dalam porsi besar, perut Anda secara bertahap akan terus meregang dan Anda akan membutuhkan semakin banyak makanan untuk membuatnya merasa kenyang. Memiliki perut buncit memang bukan hal yang patut dibanggakan. Selain tak sedap dipandang, kondisi ini juga bisa merusak penampilan. Timbunan lemak yang berlebihan di bagian perut nyatanya bisa menghambat fungsi hati sebagai penyaring racun dalam darah.
Dengan kondisi ini membuat sistem sirkulasi tubuh tidak berjalan normal dan menjadi pemicu timbulnya berbagai masalah kesehatan, seperti kadar kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi.
Sebagian besar perut menggelembung alias buncit disebabkan oleh faktor dasar yaitu diet dan gaya hidup. Berikut ini beberapa cara untuk menghilangkan perut buncit baik pada pria maupun wanita, cekidot :
1. Minum air
Jika kepenuhan perut disebabkan oleh penyimpanan air, Anda sebenarnya dapat mengurangi masalah tersebut dengan minum air lebih banyak. Hal ini akan mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh sehingga meningkatkan jumlah air yang keluar dari sistem. Minum lebih banyak air juga menjamin fungsi empedu efektif untuk mengeluarkan produk sampah. Jangan merubah konsumsi air saat diet karena banyak bahan yang sulit dicerna dan dapat menyebabkan perut menggelembung.
2. Makan perlahan-lahan
Hindari makan cepat, karena ketika Anda menelan terlalu cepat, setidaknya udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat memicu penggelembungan perut. Selalu duduk saat makan dan kunyah makan secara perlahan-lahan. Makanan yang tidak terkunyah menjadi bagian-bagian kecil tidak dapat dicerna dengan sempurna yang kemudian menghasilkan banyak gas yang menimbulkan penggelembungan.
3. Mengurangi konsumsi garam
Terlalu banyak garam dalam diet menambah ektra sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambat mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung.
4. Konsumsi serat yang tepat
Serat adalah elemen penting dalam diet, tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan penggelembungan, makanlah serat dalam buah-buahan seperti apel dan pear yang memiliki banyak kandungan air.
5. Awasi pengobatan
Perut yang mengembang adalah efek samping dari konsumsi obat. Aspirin kadang-kadang menyebabkan masalah perut yang memicu sembelit dan penggelembungan, termasuk pil kontrasepsi.
6. Hindari sembelit
Sembelit didefinisikan sebagai memiliki lebih sedikit dari tiga kali buang air besar dalam seminggu atau jika terlibat ketegangan. Sebagai akibat perut terasa menambah besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan konsumsi serat dari buah-buahan dan sayuran, lakukan secara gradual untuk menghindari fermentasi dan produksi gas yang berlebihan.
7. Olahraga
Olahraga memang salah satu cara yang wajib ditempuh untuk menghilangkan si perut buncit. Olahraga akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk aliran darah dimana akan dilkeluarkan sebagai keringat atau dibawa ke empedu untuk dikeluarkan sebagai urine. Olahraga yang disarankan antara lain aerobik.

Friday, November 4, 2011

Cerita Lawak Asonansi Vokal 'U'





   Namaku Abu. Aku tinggal di Sibu, tempat terletaknya  bengkel - bengkel membat labu. Aku tinggal di satu rumah peninggalan ibuku. Di situ, aku bekerja sebagai pembuat labu. Antara rumah jiranku dengan rumahku, jauhnya beribu - ibu batu. Di belakang rumahku, ada kebun labudan tebu yang diusahakan oleh ibuku pada suatu masa dahulu. Hari -hari aku memasak berjenis - jenis masakan labu dan menjualnya di Pekan Rabu. Kadang -kadang aku membuat air tebu. Ramai orang menyerbu aku kerana hendak membeli air tebuku. Mereka semua memujiku. Aku pun kembanglah berbuku -buku.


   Sekarang, aku dah jemu menjual air tebu. Aku hendak memulakan hidup baru. Aku pun berhijrah ke Johor Bahru untuk mencari kerja di situ. Aku membelisenaskah surat khabar sebab aku hendak mencari kerja baru untukku. Aku mendapat satu lalu mencuba nasibku di sebuah kedai pasu. Dengan kehalusan hasil buatan tanganku, pengurus kedai itu menerimaku sebagai pembantu. Keadaan di situ tak sama macam di kampong halamanku namun aku terpaksa membuang jauh - jauh perasaanku itu.


   Aku membuat kerja bermutu. Sekarang, aku sudah berkahwin dengan sepupuku. Namanya Ayu. Dia anak Tok Penghulu yang berhati batu. Aku harap aku akan bahagia selalu. Dia melayan aku macam ratu. Aku seronok sangat sebab Ayu tak sama seperti Tok Penghulku yang berhati batu. Aku berdoa pada Yang Satu agar tak susah macam dahulu. Hal ini kerana aku perlu lebih berusaha lebih maju untuk membeli susu anak tunggalku itu. Minggu berganti minggu tanganku sudah kematu membuat pasu. Aku menurunkan ilmuku kepada anak cucuku. Tamatlah riwayat hidupku..ta..ta..ti..ti..tu..tu..

Jerarld F. Dirks,Seorang Bekas Paderi Yang Menemui Keindahan Di Dalam Islam


Jerald F. Dirks , ialah seorang paderi yang pernah dinamakan sebagai Ketua Dewan Gereja Metodis. Kini pemegang Bachelor of Arts (BA) dan Master of Divinity (M Div) dari Universiti Harvard. Beliau juga berkelulusan Master of Arts (MA) dan Doctor of Psychology (Psy D) dari Universti Denver, Amerika Syarikat. Kini beliau menjalani kehidupan sebagai seorang muslim.

Dibesarkan di dalam lingkungan masyarakat beragama Kristian Metodis, membuatkan Jerald terbiasa dengan bunyi dentingan lonceng yang mengalun dari sebuah bangunan Gereja Kristian Metodis yang jaraknya hanya dua blok dari rumahnya. Bunyi lonceng yang bergema setiap pagi minggu ini menjadi tanda bagi seluruh anggota keluarganya agar segera menghadiri upacara keagamaan yang diadakan di gereja.

Tidak hanya dalam upacara ibadah sahaja, mereka juga terlibat aktif di dalam setiap kegiatan yang dianjurkan oleh pihak Gereja. Jadi tidak menghairankan Jerald mengikut serta dalam kegiatan yang diadakan oleh pihak gereja sejak dari beliau kecil lagi. Beliau mengikuti pelajaran khusus selama dua minggu yang diadakan oleh pihak gereja setiap bulan Jun. Para peserta mendapat pengajaran mengenai Bible selama mengikuti pelajaran khusus ini.

''Saya mengikuti pelajaran khusus ini sehingga memasuki tahun kelapan, selain upacara keagamaan setiap pagi ahad dan belajar agama setiap hujung minggu,'' kata muallaf kelahiran Kansas pada tahun 1950 ini. Diantara pelajar yang belajar pengajian ini, Jerald adalah pelajar yang paling menonjol. Tidak pernah sekalipun dia tidak hadir ke kelas. Dan dalam menghafal ayat-ayat Bible, beliau sering mendapatkan penghargaan.

Tempat kelahiran Jerald, Kansas


Penglibatan Jerald dalam setiap kegiatan yang dianjurkan oleh komuniti Gereja Metodis terus berlaku sehingga beliau memasuki Sekolah Menengah. Diantaranya beliau terlibat secara aktif di dalam organisasi pemuda Kristian Metodis. Beliau juga kerap memberi khutbah dalam upacara keagamaan setiap hujung minggu yang khusus diadakan untuk anak muda seusianya.

Khutbah yang beliau sampaikan telah menarik minat komuniti Kristian Metodis di tempat lain. Ramai gereja yang menjemput beliau untuk memberikan khutbah di gereja. Sejak itu, Jerald bercita-cita untuk menjadi seorang paderi.

Ketika melanjutkan pengajian di Universiti Harvard, Jerald tidak mensia-siakan kesempatan demi menjayakan cita-citanya itu. Beliau memasuki kelas perbandingan agama yang diajar oleh Wilfred Cantwell Smith untuk dua semester. Di dalam kelas perbandingan agama ini, Jerald mengambil bidang khusus dalam mempelajari dan mengkaji agama Islam.

Wilfred Cantwell Smith


Sebenarnya Jerald lebih tertarik untuk mempelajari agama Budha dan Hindu. Dibandingkan dengan Islam, menurut beliau, agama Kristian dan Islam ini tidak ada persamaan sama sekali.

Tetapi untuk memenuhi tuntutan piawaian kelulusan akademik, Jerald diwajibkan untuk membuat kajian mengenai konsep wahyu di dalam Al-Quran. Beliau mula membaca pelbagai buku dan sumber-sumber mengenai Islam, yang sebahagian besar pembacaanya ditulis oleh penulis bukan Islam. Beliau juga membaca dua Al-Quran terjemahan bahasa Inggeris dalam dua versi yang berbeza.

Pihak Harvard memberikan penghargaan Hollis Scholar kepada Jerald di atas kajiannya. Sebuah penghargaan tertinggi untuk para mahasiswa jurusan Teologi Universiti Harvard.

Untuk mencapai cita-citanya, Jerald rela mengisi musim cutinya dengan bekerja sebagai seorang paderi muda di sebuah Gereja Metodis terbesar di negara Uncle Sam tersebut. Pada waktu itulah beliau berjaya mendapat pengiktirafan dari pihak Gereja Metodis Amerika untuk menjadi seorang pengkhutbah .

Setelah lulus dari Harvard College pada tahun 1971, Jerald terus menyambung pelajarannya di Harvard Divinity School. Beliau mengambil jurusan teologi dan dibiayai oleh Gereja Metodis Amerika. Selama beliau disana dalam mempelajari bidang teologi, Jerald juga mengikuti program perintis di Hospital Peter Bent Brigham di Boston.

Harvard Divinity School


Beliau menamatkan pengajiannya di Harvard Divinity Schoolpada tahun 1974 dan memperoleh gelaran Master di bidang teologi. Selepas mendapat gelaran master teologi, beliau sempat menghabiskan cuti musim panasnya dengan menjadi paderi di dua buah Gereja Metodis Amerika yang terletak di pinggir Kansas.

Aktivitinya sebagai seorang paderi tidak hanya terbatas di dalam gereja saja. Beliau mula bergerak ke skop yang lebih luas di dalam usaha dakwahnya, seperti sekolah, pejabat, dan lain-lain.

Meninggalkan Aktiviti Gereja

Pelbagai usaha dakwah yang dilakukannya tidak memberikan kesan yang positif terhadap kehidupan masyarakat di sekelilingnya. Beliau menyaksikan bagaimana turunnya moral masyarakat di Amerika di tengah-tengah kehidupann beragama. Bahkan keadaan sama juga terjadi di dalam lingkungan gereja.

''Dua dari sepuluh pasangan di Amerika selalu berakhir dengan perceraian, masalah sosial di sekolah dan di jalanan semakin meningkat, tidak ada lagi rasa tanggungjawab dan disiplin di kalangan anak muda. Malah yang lebih mengejutkan ada diantara paderi Kristian yang terlibat di dalam skandal seks dan kewangan. Masyarakat Amerika sedang menuju kepada kehancuran moral,'' paparnya.

Melihat kenyataan ini, Jerald mengambil keputusan untuk menyendiri dan tidak lagi menjalankan aktivitinya memberikan khutbah kepada para jemaah. Beliau mula beralih untuk terlibat aktif di dalam kajian yang dilakukan oleh isterinya. Kajian mengenai sejarah kuda Arab ini membuatkan beliau dan isterinya mempunyai banyak hubungan dengan warga Amerika berketurunan Muslim Arab. Salah satunya adalah dengan Jamal.

Babak Pergaulan Dengan Arab Muslim

Pertemuan Jerald dengan lelaki Arab-Amerika ini berlaku pada musim panas pada tahun 1991. Pada awalnya sekadar berhubung melalui panggilan telepon, kemudian berterusan sehinggakan Jamal berkunjung ke rumah Jerald. Pada kunjungan kali pertama ini, Jamal menterjemahkan beberapa sumber dari bahasa Arab ke Inggeris. Jerald dan isterinya amat berterima kasih di atas pertolongan Jamal.

Ketika waktu solat asar tiba, Jamal meminta izin untuk menggunakan tandas dan meminjam surat khabar untuk digunakan sebagai alas solat. Apa yang diminta oleh Jamal itu diambilkan oleh Jerald. Ini pertama kalinya beliau melihat gerakan solat di dalam agama Islam.

Jamal dan isterinya berkunjung ke rumah mereka seminggu sekali. Jerald sebenarnya terkejut dengan keikhlasan Jamal dan isterinya untuk membantu beliau. 


''Selama berada di rumah kami, tidak pernah sekalipun dia memberikan komen mengenai agama Kristian. Jamal juga tidak pernah menyampaikan ajaran Islam kepada kami. Yang dia lakukan adalah memberikan contoh kelakuannya di depan kami, seperti bercakap dengan suara serendah mungkin jika ada diantara kami yang bertanya mengenai agamanya. Ini yang membuat kami kagum,'' kata Jerald.

Dari perkenalannya dengan Jamal dan keluarganya, Jerald mendapat banyak pengetahuan baru. Jamal telah menunjukkan kepadanya disiplin melalui solat yang dilaksanakannya. Selain pelajaran moral dan etika yang diperlihatkan oleh Jamal dalam urusan perniagaan dan sosialnya serta cara Jamal berkomunikasi dengan kedua anaknya. ''Begitu juga apa yang dilakukan oleh isterinya telah menjadi contoh bagi isteriku.'' tambah Jerald.

Dari Jamal, beliau dapat mengetahui tentang sejarah Arab dan peradaban Islam, kisah-kisah dan perilaku Nabi Muhammad, serta ayat-ayat Al-Quran dan makna yang terkandung di dalamnya. Setidaknya Jerald meluangkan lebih kurang 30 minit setiap kali Jmal datang ke rumahnya untuk berbincang mengenai Islam. Dari situ Jerald mengakui dirinya mulai mengenali apa itu Islam.

Contoh yang baik membuatkan ramai tertarik dengan islam


Melalui Jamal, Jerald sekeluarga diperkenalkan kepada keluarga Arab lainnya. Diantaranya keluarga Wael dan keluarga Khalid. Jerald sentiasa berinteraksi dengan komuniti Arab Amerika ini. Dari interaksi tersebut, Jerald mendapat pengetahuan tentang ajaran Islam yang selama ini tidak diketahuinya semasa berinteraksi dengan komuniti masyarakat Kristian. Di dalam komoniti islam, Jerald dapat merasakan persaudaraan dan toleransi yang wujud di dalamnya.

Pada Disember 1992, Jerald menyoal dirinya sendiri, ''Aku adalah seorang penganut Kristian, tetapi kenapa Aku bergaul dan berinteraksi dengan komuniti masyarakat Muslim Arab?.'' Sebuah komuniti masyarakat yang menurutnya menyanjung tinggi nilai-nilai moral dan etika, serta menunjukkan sikap saling menghargai pasangan hidup masing-masing, anggota keluarga mahupun sesama masyarakat sekitarnya. Keadaan ini hampir tidak wujud di dalam masyarakat Amerika.

Kejadian Yang Tak Diduga

Untuk menjawab keraguannya itu, Jerald memutuskan untuk mempelajari lebih mendalam tentang ajaran Islam melalui kitab suci Al-Quran. Dalam perjalanannya mempelajari Al-Quran, Jerald menjumpai nilai-nilai yang sesuai dengan kata hati kecilnya yang selama ini tidak pernah dijumpainya di dalam ajaran Kristian yang dianutinya.

Walaupun demikian, perkara tersebut tidaklah membuatnya untuk terus memeluk Islam. Beliau merasa belum bersedia untuk meninggalakan identitinya sebagai seorang Kristian selama hampir 43 tahun lamanya dan bertukar kepada identiti baru sebagai seorang muslim.

Walaupun begitu, beliau memutuskan untuk berkunjung ke Timur Tengah bersama isterinya pada awal tahun 1993. Ditakdirkan, ketika jerald berseorangan menikmati makanan di sebuah restoran, Jerald melihat pemilik restoran, Mahmoud sedang membaca Al-Quran terjemahan bahasa Inggeris. Tanpa berkata-kata, Mahmoud melontarkan senyum ke arah Jerald.

Selepas itu berlakulah kejadian yang tidak diduga olehnya. Isteri Mahmoud, Iman, iaitu seorang Muslim Amerika, datang ke arah mejanya sambil membawa makanan yang telah dipesan. Iman memberitahu kepada Jerald bahawa buku yang dibaca oleh suaminya adalah Al-Quran. Tidak berhenti itu, Iman juga bertanya adakah Jerald seorang muslim sama seperti dirinya. Pertanyaan tersebut di jawab dengan satu perkatan: Tidak.

Namun ketika Iman menghampiri mejanya untuk memberikan bil, tanpa disadari Jerald meminta maaf atas sikapnya tadi, beliau berkata: ''Saya takut untuk menjawab pertanyaan anda tadi. Namun jika anda bertanya kepada saya adakah saya percayakan Tuhan itu hanya satu, maka jawapan saya adalah ya. Jika anda bertanya adakah saya percaya bahawa Muhammad adalah salah satu utusan Tuhan, maka jawapan saya tetap sama, ya.'' Mendengar jawapan tersebut, Iman hanya berkata: ''Tidak apa, mungkin ia memakan masa yang lama untuk mebina kepercayaan yang benar-benar kuat.''

Ikut Berpuasa Dan Solat

Ketika memasuki minggu kelima pengembaraannya di Timur Tengah iaitu pada bulan Ramadhan yang jatuh pada bulan Mac tahun 1993, untuk kali pertamanya Jerald dan isterinya berpuasa untuk menghormati masyarakat di sekitarnya. Pada bulan Ramadhan itu juga, Jerald mula terikut-ikut melaksanakan solat lima waktu bersama-sama dengan temannya yang Muslim dan kenalan barunya yang berasal dari Timur Tengah.

Kunjungan ke Amman memberikan sejuta makna kepada Jerald


Ketika berakhirnya pengembaraan beliau menjelajah kawasan Timur Tengah, hidayah akhirnya datang. Peristiwa penting di dalam hidup Jerald ini berlaku ketika beliau diajak oleh seorang rakannya untuk mengunjungi Amman, ibukota Jordan.

Ketika Jerald sedang melintas jalan di pusat bandar Amman, tiba-tiba seseorag lelaki tua datang menghampirinya dan mengucapkan, Salam Alaikum dan mengulurkan tangannya untuk bersalaman, serta melontarkan pertanyaan adakah Jerald seorang Muslim?. Sapaan salam dalam ajaran Islam itu membuatnya kaku. Jerald juga tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan kepada orang tua tersebut bahawa dirinya bukanlah seorang Muslim. Lebih-lebih lagi rakan yang bersamanya juga tidak pandai berbahasa Arab.

Mengikrarkan Keislaman

Ketika itu Jerald merasa dirinya berada di tengah laluan yang sukar untuk diungkapkan. Beliau hanya mempunyai dua pilihan, iaitu berkata N'am yang bermaksud ya atau berkata La yang bermaksud tidak. Hanya Jerald yang mampu menentukan pilihan tersebut, sekarang atau tidak sama sekali.

Setelah berfikir agak lama dan memohon petunjuk dari Allah, Jerald menjawab dengan perkataan N'am. Sejak peristiwa tersebut, Jerald rasmi menyatakan dirinya telah memeluk Islam. Hidayah tersebut juga datang kepada isterinya.

Selepas kepulangannya ke Amerika, salah seorang saudaranya yang juga merupakan seorang paderi telah memberitahu jerald yang beliau begitu tertarik terhadap ajaran Islam. Dihadapan Jerald, saudaranyanya berhenti menjadi paderi Metodis dan mengucapkan dua kalimah syahadah.

Kini hari-hari Jerald dihabiskan di dalam bidang penulisan dan menjelajah keserata dunia untuk memberikan ceramah tentang Islam dan hubungan antara Islam dan Kristian. Beliau juga kerap diundang di dalam program Islam di kaca-kaca televisyen.

Salah satu hasil karyanya yang menjadi best seller adalah "The Cross and the Crescent: An Interfaith Dialogue between Christianity and Islam".

Dr. Dirks is a former minister (deacon) of the United Methodist Church and revert to Islam.

He holds a Master's degree in Divinity from Harvard University and a Doctorate in Psychology from the University of Denver.

Author of "The Cross and the Crescent: An Interfaith Dialogue between Christianity and Islam" (2001), and "Abraham: The Friend of God" (2002).

He has published over 60 articles in the field of clinical psychology, and over 150 articles on Arabian horses.