Jumaat, 4 November 2011

Simptom Kebas Anggota Kaki Dan Tangan Yang Perlu Anda Tahu







PUNCA- PUNCANYA
1.Tekanan atau pressure yang dikenakan kepada sistem saraf pusat atau pun periferal  
.2.Jangkitan virus seperti Shingle dan Herpes Zoster. 
3.Kekurangan aliran darah kepada tisu-tisu dan anggota tubuh. Ini boleh berlaku disebabkan oleh halangan atau pun gumpalan bekuan yang berada di dalam sistem darah 
.4.Carpal Tunnel Syndrome. Sindrome ini boleh berlaku disebabkan oleh berlakuknya penyempitan dan tekanan yang dikenanakan kepada saraf median (median nerve.) Pesakit biasanya akan mengalami kekebasan di bahagian tangan yang dibekal oleh saraf median. Biasanya kekebasan akan dialami di kawasan bahagian lateral tapak tangan  (ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah) 
.5.Kencing manis. Diabetis mellitus juga dikaitkan dengan simtom kebas anggota tubuh. Justeru, pesakit digalakkan untuk sentiasa melakukan ujian pengesahan aras gula di dalam tubuh jika mengalami simptom seperti ini. 
6.Ketidakseimbangan nilai kalsium, potassium dan sodium di dalam tubuh. 
7.Kurang vitamin B12 dan juga vitamin-vitamin yang lain.


LANGKAH PENYELESAIAN DAN PENCEGAHAN


Untuk anda yang mengalami simptom kebas pada tangan dan kaki, sebaiknya segera mendapatkan pengesahan yang lebih lanjut daripada mana-mana pegawai perubatan yang berhampiran sekiranya simptom tersebut berlanjutan, berterusan dan mengganggu jadual rutin hidup anda.
1. Lakukan ujian gula di dalam tubuh anda. Ini bagi meastikan nilai gula di dalam tubuh anda normal atau pun tidak.
2.Ambil suplemen tambahan seperti kalsium dan vitamin  yang bleh di dapati di mana-mana farmasi berhampiran. Dapatkan juga nasihat daripada pegawai farmasi mengenai symptom anda.
3.Lakukan ujian CT scan, X-ray, ultrasound  atau pun MRI di hospital. Pegawai perubatan di sana akan mengesahkan bahawa anda benar-benar perlu untuk melakukan ujian ini atau pun tidak
4.Lakukan senaman-senaman ringan bagi melancarkan lagi system darah anda dan seterusnya mengekalkan kesihatan tubuh.



1 ulasan:

azam berkata...

tq for sharing