Jumaat, 30 September 2011

Senarai Tempat PLKN di Perak

Negeri Perak



KEM PLKN KG. BHARU (L) AIR TAWAR
Alamat : KEM PLKN KG. BHARU (L) AIR TAWAR, PUSAT KHIDMAT NEGARA KG.BHARU (L), 32400 AYER TAWAR, PERAK
NO. Telefon : 05-6929148
NO. Faks : 05-6916425
E-Mail : plkn_bharu@khidmatnegara.gov.my
Status : Tidak Beroperasi

KEM PLKN TELUK RUBIAH
Alamat : KEM PLKN TELUK RUBIAH, MUKIM SETIAWAN, LUMUT, 32040 SRI MANJUNG, PERAK.
NO. Telefon : 05-6884553
NO. Faks : 05-6889553
E-Mail : plkn_rubiah@khidmatnegara.gov.my

KEM PLKN AKADEMI KEPIMPINAN SEGARI
Alamat : KEM PLKN AKADEMI KEPIMPINAN SEGARI, JALAN DAVID SUNG, BATU UNDAN, SEGARI, 34900 PANTAI REMIS, PERAK
NO. Telefon : 05-6778057
NO. Faks : 05-6778125
E-Mail : plkn_akademi@khidmatnegara.gov.my

KEM PLKN TERKOK
Alamat : KEM PLKN TERKOK, PUSAT LATIHAN REKREASI TERKOK, JALAN SG. DURIAN LINTANG, 31100 SUNGAI SIPUT UTARA, PERAK
NO. Telefon : 05-5918112 / 113 / 110
NO. Faks : 05-5918111
E-Mail : plkn_terkok@khidmatnegara.gov.my

KEM PLKN TAMAN KEPIMPINAN GEMILANG
Alamat : KEM PLKN TAMAN KEPIMPINAN GEMILANG, LAWAN KUDA, JALAN GOPENG, 31600 GOPENG, PERAK
NO. Telefon : 05-3511000
NO. Faks : 05-3511001
E-Mail : plkn_kepimpinan@khidmatnegara.gov.my

KEM PLKN JIWA MURNI
Alamat : KEM PLKN JIWA MURNI, MATANG TIMBUL, KAMPUNG SELAMAT, 34020 GUNUNG SEMANGGOL, PERAK
NO. Telefon : 05-8928006
NO. Faks : 05-8928005
E-Mail : plkn_murni@khidmatnegara.gov.my

KEM PLKN SENTOSA
Alamat : KEM PLKN SENTOSA, LOT 5991, SUNGAI CINCIN, MUKIM CHENDERIANG, 35300 BATANG PADANG, PERAK
NO. Telefon : 05-4270142
NO. Faks : 05-4270308
E-Mail : plkn_chenderiang@khidmatnegara.gov.my

KEM PLKN TEGAS MESRA
Alamat : KEM PLKN TEGAS MESRA, LOT 1809, KAMPUNG TERAS, 34100 SELAMA, PERAK.
NO. Telefon : 05-8802603 / 05-8802808
NO. Faks : 05-8802755
E-Mail : plkn_tegas@khidmatnegara.gov.my

KEM PLKN DESA RIMBA
Alamat : KEM PLKN DESA RIMBA, LOT 3951 CHENDEROH, 33500 KUALA KANGSAR, PERAK
NO. Telefon : 05-7519118
NO. Faks : 05-7519114
E-Mail : plkn_desarimba@khidmatnegara.gov.my

KEM PLKN SINARAN SURIA
Alamat : KEM PLKN SINARAN SURIA, LOT 3334-3341 JLN SUNGKAI – SLIM RIVER 35600 SUNGKAI, PERAK
NO. Telefon : 05-4389573 / 019-2589175 /
013-3735673
NO. Faks : 05-4389572
E-Mail : plkn_sinaransuria@khidmatnegara.gov.my

KEM PLKN TANGKAS KENDIRI
Alamat : KEM PLKN TANGKAS KENDIRI, LOT 2164, KAMPUNG NGOR, MUKIM CHEGAR GALAH, 33500 SAUK, KUALA KANGSAR
NO. Telefon : 05-7519611
NO. Faks : 05-7519612
E-Mail : plkn_tangkas@khidmatnegara.gov.my

KEM PLKN NILAM EHSAN
Alamat : KEM PLKN NILAM EHSAN, BATU 3 JALAN TAPAH, 35500 BIDOR, PERAK
NO. Telefon : 05-4346178
NO. Faks : 05-4346194
E-Mail : plkn_nilam@khidmatnegara.gov.my

Ahad, 18 September 2011

Huhhhh, Siap pon....!!Jom Baca Kegunaan Cahaya Laser Pada Abad Ini...



 




  PENDAHULUAN

-          Laser atau nama saintifiknya ‘Light Amplication Stimulated Radiation’ membawa maksud sumber cahaya yang diperkuatkan hasil daripada rangsangan atau stimulasi pancaran radiasi.
-          Teori cahaya laser telah ditemui oleh pakar fizik yang terkenal iaitu Dr. Elbert Einstein pada tahun 1920.
-          Bagaimanapun, setelah 40 tahun kemudian, barulah teori tersebut dapat dipraktikkan.
-          Penggunaannya  dapat memudahkan sesuatu perkara yang sukar dalam pelbagai bidang.







  
    ISI PERTAMA

Perubatan
-          Sesuai untuk rawatan mata seperti bahagian kornea dan retina.
-          Digunakan untuk rawatan dermatologi(kulit) dengan membuang tanda-tanda yang tidak dihendaki oleh pesakit seperti tanda lahir/memecah batu karang dalam buah pinggang
-          Mengawal pendarahan yang berlaku dalam perut seperti ulser gastrik.
-          kaedah fotodinamik digunakan untuk mengesan sel-sel barah dengan memancarkan laser ultra ke dalam tubuh pesakit
-          Kelebihan menggunakan laser dalam rawatan perubatan atau pembedahan dapat mengurangkan luka serta mengelakkan kehilangan banyak darah berbanding kaedah pembedahan terbuka menggunakan pisau pembedahan biasa.
-          Penggunaan cahaya  laser yang terbaru digunakan dalam proses berkhatan.







       ISI KEDUA

Hiburan
-          mempunyai pancaran yang berkilau dan menarik.
-          Penggunaan cahaya laser sebagai pertunjukan cahaya dalam perasmian atau temasya-temasya besar mempersonakan pengunjung.
-          Contoh : Semasa Sukan Komanwel diadakan di Malaysia pada tahun 1998, cahaya laser digunakan untuk memeriahkan persembahan semasa upacara pembukaan dan penutupan.
-          Aplikasi laser dalam CD dan VCD. Alat CD dan VCD yang kita gunakan untuk menonton filem atau mendengar lagu juga memerlukan cahaya laser. Cahaya laser yang terkena pada permukaan cakera akan terpantul kembali dan terperangkap oleh penerima yang kemudiannya menukar data atau maklumat kepada format agar kita dapat menikmati dalam bentuk filem atau lagu.

   





     ISI KETIGA

Perindustrian
-          Dalam industri perkilangan, laser digunakan untuk memotong, menggerudi dan menanda logam yang akan dikeluarkan.
-          Misalnya, laser dapat memotong logam yang mempunyai ketebalan hingga tahap 30mm serta mampu member ketepatan pada kadar lebih kurang 0.025mm.
-          Boleh digunakan untuk memotong bahan keras seperti intan dan titanium.
-          Menjimatkan kos dan memudahkan kerja. Penggunaannya membolehkan pengusaha perindustrian logam dapat keuntungan yang banyak kerana kerja memotong logam dapat dilakukan dengan cepat tanpa berlaku pencemaran.
-           







    ISI KEEMPAT

Teknologi dalam penggurusan
-          Mengimbas imej dengan lebih jelas.
-          Cahaya laser juga digunakan dalam pencetak laser.
-          Laser digunakan untuk mengimbas drum da fotokonduktif (seperti kamera merakam imej pada negatif) berdasarkam maklumat imej yang diterima.
-          Berbeza dengan mesin fotokopi, ia mengimbas imej dengan menggunakan lampu cahaya tinggi dan imej tidak jitu kerana cahaya lampu tidak seterang cahaya laser.
-          Penggunaan kod bar pada barangan atau produk dalam pasaraya besar juga memerlukan laser.
-          Garis-garis yang berbeza jaraknya antara satu sama lain membolehkan laser mengimbas kod bar tersebut dan diterjemahkan kepada pelbagai maklumat, antaranya harga, jenis dan kod barang tersebut.






     ISI KELIMA

KESELAMATAN
-          Dalam ketenteraan laser digunakan untuk membetulkan bidikan senjata sebelum menembak sama ada pistol, senapang atau peluru berpandu.
-          Polis menggunakan laser untuk mengesan kelajuan kenderaan.
-          Sistem penggera. Dari segi keselamatan pula, banyak penggera sekarang ini menggunakan laser untuk mendapatkan ciri penggesan yang baik.
-          Sistem pengimbasan. Menggesan barang berbahaya atau senjata contohnya di lapangan terbang.




      PENUTUP

-          Dapat menyumbang kepada perubahan dalam sesuatu bidang teknologi
-          Penyelidikan dan pembangunaan teknologi laser ini perlu dilakukan dengan lebih mendalam lagi untuk memastikan negara tidak ketinggalan dalam bidang ini kerana laser boleh dilihat sebagai pemangkin kepada teknologi baru.













 


Jumaat, 16 September 2011

freebies doodle yang chumil...

suke tengok freebies doodle yang chumil ni...penat cari kat pak cik google,















huhu...dah penat...nak siap2 sembahyang maghrib lak...k, assalamualaikum


Nilai Tudung Bagi Seorang Perempuan





Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.
Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

    Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.

     Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung.
Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya.
Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

      Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

     Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam.
   
    Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. Mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

    Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati).

      Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran.

    Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki.
Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. 

   Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah. Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita.

    Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya.

Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

Sabtu, 10 September 2011

Jom Padam Lambang Zionis Dalam Pc Anda


Buka Local Disk (C) :\ --> Program Files --> Microsoft Office --> MEDIA -->CAGCAT10 , cari gambar bernama J0285926. Anda akan jumpa gambar Lambang/bendera Zionis Israel lengkap , dgn lilin . Sebaiknya  DELETE!! Gmbr t'sebut ada di seluruh PC & Laptop seluruh dunia .



Saya terjumpe benda ni dalam 1 gr0up di facebook..sama - samalah kita

 sebarkannya..

Thanks. Shukriya. Syukran. Grasias. Terima Kasih