Monday, March 12, 2012

JANGAN dalam Islam..

ReShare:-
 

»»◕ JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.

»»◕ JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

»»◕ JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna

»»◕ JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

»»◕ JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

»»◕ JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

»»◕ JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

»»◕ JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.

»»◕ JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.

»»◕ JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

»»◕ JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.

»»◕ JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

»»◕ JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.

»»◕ JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

»»◕ JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

»»◕ JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

✐ Tiada rupa seindah AKHLAK,
✐ tiada hati seindah IMAN,
✐ tiada hidup seindah ISLAM,
✐ tiada cinta sesuci CINTA ALLAH....

Jangan Lupa Tekan Share kepada rakan-rakan anda....^__^




No comments: