Tuesday, March 13, 2012

Sistem Pemerintahan Beraja di Thailand sebelum campur tangan Barat

  



  Sistem beraja di Thailand merupakan 
kesinambungan daripada beberapa dinasti sebelumnya. Pemerintahan Dinasti Chakri telah berjaya mengekalkan kemerdekaan Thailand daripada penguasaan penjajah Barat. Sistem pemerintahan beraja Thailand adalah berkuasa mutlak. Ajaran agama Hindu-Buddha meletakkan raja mempunyai kuasa mutlak tanpa boleh dipersoalkan. Dalam hal yang demikian, raja dianggap sebagai keturunan dewa dan mempunyai darah putih. Mereka dikaitkan dengan dewa atau tuhan yang dikenali sebagai devaraja. Konsep devaraja melihat raja sebagai bayangan tuhan. Hak seorang pemerintah berasaskan bun rami atau kuasa akhlak dan kebolehan peribadi. Seseorang yang ingin menjadi raja tidak semestinya berasal daripada dinasti yang pernah memerintah, tetapi memaparkan bun rami dan kebolehan yang luar biasa. Seorang raja berhak memerintah selagi masih mempunyai bun rami. 

   Di samping itu, dalam bidang politik raja memainkan peranan penting, iaitu memelihara perpaduan dalam kalangan masyarakat. Dalam masa yang sama merupakan alat untuk mengawal sistem pentadbiran negara. Lebih penting lagi raja mempunyai penguasaan yang cukup besar terhadap sumber tenaga manusia. Sebagai contoh, Raja Mongkut merupakan raja yang berjaya mengelakkan Thailand daripada dijajah oleh kuasa asing melalui kebijaksanaannya. Beliau mengamalkan dasar diplomasi dengan kuasa- kuasa Barat untuk mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan Thailand.

   Selain itu, dalam sistem ekonomi, abad ke-19 merupakan tempoh kuasa besar giat meluaskan pengaruh mereka di Asia Tenggara. Raja Thailand telah mengamalkan dasar berbaik-baik dengan kuasa Barat. Contohnya, pada tahun 1824 kerajaan Thailand dan British telah menandatangani suatu perjanjian yang membolehkan Thailand memperoleh pengiktirafan daripada British untuk menguasai Negeri-negeri Melayu. Thailand telah mengamalkan dasar pintu terbuka untuk mendapatkan hasil dagangan daripada negara luar. Hal ini telah dilakukan semasa pemerintahan Raja Rama III. Sistem pemerintahan beraja di Thailand, terutama dalam aspek sosial memperlihatkan perubahan ketara semasa pemerintahan Raja Mongkut. Beliau telah mengubah adat istiadat seperti upacara meminum air ketaatan. Pemerintah Mongkut telah mengubah suai beberapa adat lain seperti membenarkan rakyat melihat wajah raja dapat merapatkan golongan rakyat dengan pemerintah.

  Selain itu, Raja Chulalongkorn merupakan seorang raja yang berwibawa. Beliau telah mendapat pendidikan tradisional dan pendidikan Barat. Faktor ini telah membantu Raja Chulalongkorn dalam kejayaan pemerintahan beliau. Chulalongkorn telah melakukan pengubahsuaian dalam adat tempatan seperti menghapuskan adat menunduk kepala semasa berhadapan dengan raja. 

  Selain itu, beliau juga menghapuskan amalan perhambaan, memberikan kebebasan beragama, membahagikan Thailand kepada 18 monthon dan setiap monthon dibahagikan kepada beberapa maung.

1 comment:

shiema sufian said...

mesti tengah study kan ? Goodluck study (: