Sunday, April 29, 2012

Trend Kini "Soalan Panjang Jawapan Pendek"

soalan panjang jawapan pendek...jom baca :)




 


1.Hari-hari aku nak jumpa awek aku. Bila aku jumpa dia, aku nak pegang tangan dia..cium pp dia..ringan2 sikit..utk eratkan lagi perhubungan. Tapi aku tau benda tu tak baik, tapi kalo aku tak buat..aku rasa hubungan kitorang akan renggang lak. Ni cara utk dia tambah syg dengan aku..Camno weh?

Jawapan:Nikahlah.

2. Hari-hari ada orang ngorat saya. Rimaslah saya. Camana ni? Muka saya lawa sangat kot.

Jawapan: Niqablah.

3. Aku tak boleh nak fokus keje aku wat lah. Study aku. Aku duk pk dia je. Aku jatuh cinta kot. Jatuh cinta ni boleh dalam Islam. Bla bla bla..dalil tu dalil ni..pot pet berbunga-bunga..bercinta sblm kawin haram..bercinta selepas kawin..halal...pot pet pot pet..

Jawapan: P minanglah.

4. Aku malu ah nak approach dia. Dah 8 bulan 10 hari aku pendam perasaan ini. 

Jawapan: Bak no dia.

5. Aku dah lama tak solat. Dah cuba solat, tapi malas lik. Pastu aku tak solat terus. Camana nak rajin solat ni?

Jawapan: Jadi makmum aku.

6. Aku dah lama tunggu dia. Setia menanti dia. Aku akan menanti dia sampai bila-bila. Hati ini hanya utk dia. Dialah segala-galanya dalam hidup ni. Aku takleh hidup tanpa dia.

Jawapan: Mengucaplah. ( cuz dah macam syirik lak )

7. Serabut betullah aku tengok nasihat-nasihat suruh bertudung, tutup aurat ni. Aku tahulah benda tu. Nanti-nantilah, tunggu aku ready sikit dulu. Tunggu sampai seru. Apa la..nak tegur pun agak-agaklah..tahulah org tu dah tutup aurat, sibuk plak nak kisah hal org lain. Laser plak tu tegur org. Kan kan kan? ( ajak org mengumpat sekali )

Jawapan: Allahumma ameen! ( doa terus dalam hati supaya dilembutkan hati yg tak tutup aurat tu, bukan p redha je dengan kata2 dia )

8. Aduh! Mahal la plak keluarga belah pompuan nak. Aku bajet Rm10 ribu je. Dorang nak Rm20ribu. Nak grand2 buat kat hotel segala bagai lak. Nak outdoor2 photoshoots la plak. Camana ni bos?

Jawapan: Bincanglah. Kalo failed, cancel je la.

9. Hati aku tak tenang dowh. Akhir-akhir ni gelisah, resah je. Semangat pun down je. Adoiyai. Sedih plak tetibe. 

Jawapan: Nah ( bagi youtube Syeikh Mishari Rasyid baca al-Quran )

10. Hati aku tak tenang gak la. Entah la nape ngn hati ni. Tak tenteram gile-gile.

Jawapan: Jom! ( bawak dia p ke masjid bersolat, dgr tazkirah dll..bukan bawak pi dangdut )

11. Gile ah politik tanahair. Situ rasuah, sini pecah amanah, sana pakai duit rakyat, situ caci-maki, sinun fitnah-fitnah, sunun kata mengata. Sana kata dia betul, sini kata aku betul. Semua nak menang. Pening aku! 

Jawapan : Tukarlah!

12. Aku dah lama jadi org tak baik. Aku berdosa. Aku banyak buat salah. Aku ada wat dosa besar. Aku rasa Allah takkan terima dah diri aku ni. Baik aku terus je wat dosa dan masuk neraka. Tu mmg layak utk aku. Aku ada suka someone ni, tapi dia lebih baik dari aku dan aku tak layak utk dia. Ko rasa2 aku layak tak dapat dia. Dapat tak aku jadikan dia pasangan aku?

jawapan : (pertama Allah menerima bertaubat hambaNya, kedua jadilah org baik sbb perempuan yg baik utk lelaki yg baik )
 



##copypaste

Dapatkan Baucer KFC Di Sini Sebelum 30 Jun 2012

Friday, April 27, 2012

Kepelbagaian Kegunaan Ayam



Dikatakan pokok kepala merupakan pokok pelbagai guna, cuba tukar kat ayam pulak. Rasanya ayam pun tak kurang jugak kegunaannya. Betul ke tak? Disebabkan ayam ini pelbagai gunalah sehinggakan dimana-mana sahaja pasti adanya ayam seperti di kampung, bandar dan dimana-mana sahaja kedai ataupun kawasan yang anda rasa tiada pun, pastinya akan ada kelak...

Dibawah ini aku nak ceritakan sedikit mengenai perkara yang boleh dibuat dengan ayam nih. Sebenarnya ayam ini pelbagai guna kita boleh lakuya terhadap ayam ini iaitu dengan cara yang masuk akal ataupu tidak.

Apa-apa pun mari baca di bawah ini sehingga selesai...

1) Sembelih ayam buat ayam golek boleh, kari ayam pun orait, kurma ayam, ayam masak lemak atau rendang... pendek kata masak segala macamlah dengan ayam ini sampai muak makan ayam.

2) Dijadikan baka, bila ayam itu bertelur, selepas itu jadi anak ayam. Selepas itu bertelur lagi... jadi banyak-banyak ayam tapi pastikan ia bukannya ayam jantan kerana ayam jantan sampai bila pun tak bertelur. Cuma dia memiliki telur.

3) Jadikan ayam itu sebagai binatang peliharaan (pet), nanti anda ajar lah dia menyanyi ala miming. Pastu boleh menghubungi surat khabar ataupun media masa yang paling terkenal kerana orang Melayu memang suka baca dan mendengar cerita pelik-pelik.

4) Manfaatkan ayam itu sebagai jam, biasanya ayam akan berkokok setiap jam. Jimat duit beli bateri. Kalau sesak hujung-hujung bulan, boleh sembelih ayam tersebut buat lauk.

5) Cabut bulunya, ambil buat penyapu habuk bulu ayam... kan sudah jimat tuh....

Pelbagai lagi kegunaan ayam ini sebenarnya, cuma kita nampak ataupun tidak itu terpulang pada hak masing-masing kerana ia memerlukan kemahiran jikalau digunakan untuk memasak dengan menggunakan ayam malahan untuk membela juga. Jikalau pandai membela, pasti akan mendapat baka yang cantik dan gebu gitu ala artis yang comel. HAHA!



##copypaste

Wednesday, April 11, 2012

Sejarah Istana Negara Jalan Istana


Istana Negara, Jalan Istana dahulunya adalah tempat bersemayam Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong sebelum Istana Negara, Jalan Duta yang kini siap dibina menjadi tempat bersemayam rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
 
Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad merupakan pemerintah yang pertama bersemayam di Istana Negara, Jalan Istana ini iaitu bangunan putih yang mempunyai dua kubah emas beberapa minggu sebelum kemerdekaan diisytiharkan. Manakala Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIII, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah menjadi pemerintah terakhir yang bersemayam di Istana Negara, Jalan Istana ini.


Istana ini terletak di Jalan Istana bertentangan dengan Jalan Syed Putra, suatu kawasan seluas 28 ekar atau 11.34 hektar di tepi bukit Petaling di Kuala Lumpur ini pada asalnya adalah merupakan sebuah banglo yang telah dibina pada tahun 1928 dengan harga RM150,000 dan dahulunya adalah rumah kediaman seorang jutawan dari China, iaitu Encik Chan Wing. Pada zaman pemerintahan Jepun dari tahun 1942-1945, bangunan ini telah digunakan sebagai Mes Pegawai Tentera Jepun. Selepas Jepun menyerah kalah, bangunan ini telah dibeli oleh Kerajaan Negeri Selangor dan selepas diubahsuai ianya dijadikan sebagai Istana Duli Yang Maha Mulia Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah, Sultan Selangor sehingga tahun 1957. Bangunan yang indah itu kemudiannya dibeli oleh kerajaan persekutuan dengan harga RM1.4 juta pada 1957 dan mengubahsuai pada harga RM328,000 untuk menjadikannya istana yang sesuai untuk dijadikan kediaman Raja bagi sebuah negara merdeka yang baru.
 
Istana Negara, Jalan Istana kemudiannya direka semula oleh arkitek Jabatan Kerja Raya E.K. Dinsdale sementara pengubahsuaian dilakukan oleh kontraktor tempatan yang mengambil masa empat bulan dan tidak mempengaruhi struktur utama bangunan. Pengubahsuaian itu menambahkan bilangan bilik daripada 13 kepada 20, dengan dapur bagi 100 orang, Balai Menghadap, empat Bilik Tetamu, dua Balai Kemasukan dan satu Dewan Santapan.  
 
Pada 1980, Istana Negara, Jalan Istana telah mengalami pengubahsuaian yang besar bagi tempat bersemayam rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dengan penambahan Balairong Seri Utama iaitu tempat Singgahsana diletakkan. Ini adalah kali pertama Singgahsana diletakkan di Istana Negara, Jalan Istana yang sebelumnya pertabalan Yang di-Pertuan Agong diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang. Singgahsana baru ini telah dibina di bawah pengelolaan arkitek Jabatan Kerja Raya Kapt David Wee yang berasaskan alat kebesaran diraja. Ia digunakan pertama kalinya ketika pertabalan Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musa’in Billah Sultan Abu Bakar Ri’atuddin Al-Mu’adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-7 pada 1980. Selain Istiadat Pertabalan, Balairong Seri juga digunakan bagi Santapan Rasmi, Istiadat Keputeraan, Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah dan Bintang-Bintang Kebesaran serta Majlis-majlis Keagamaan.

Istana Negara, Jalan Istana turut mempunyai Singgahsana Kecil di aras satu untuk baginda menerima dan menyerahkan surat perlantikan kepada Duta dan Pesuruhjaya Tinggi serta mengadakan Istiadat yang berskala kecil. Manakala Bilik Duta di aras bawah adalah tempat menghadap Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta Duli-Duli Yang Maha Mulia Permaisuri-Permaisuri Baginda, Tuan Yang Terutama Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Ketua-Ketua Negara dan Ketua-Ketua Kerajaan. Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri juga turut mengadap Yang di-Pertuan Agong sebelum mempengerusikan mesyuarat Kabinet mingguan pada hari Rabu di bilik ini.

Istana Negara, Jalan Istana turut mempunyai Dewan Kecil bagi Yang di-Pertuan Agong bertemu dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta Duli-Duli Yang Maha Mulia Permaisuri-Permaisuri Baginda, Tuan Yang Terutama Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Ketua-Ketua Negara dan Ketua-Ketua Kerajaan sementara Bilik Permaisuri adalah tempat keluarga diraja bertemu dengan pasangan diraja atau bagi upacara tidak rasmi. Bersebelahan dengan Balairong Seri ialah Bilik Mesyuarat Majlis Raja-Raja iaitu tempat bagi Majlis Raja-Raja bersidang setiap tahun manakala Bilik Menteri adalah tempat untuk menunggu sebelum mengadap Yang di-Pertuan Agong. Antara kemudahan rekreasi yang disediakan di Istana Negara, Jalan Istana ini adalah termasuk taman, gelanggang tenis, gimnasium dan kolam renang.

Pada 15 November 2011, tepat jam 9.00 pagi, Istiadat Menurunkan Bendera Peribadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah selamat disempurnakan sebagai menandakan Istana Negara, Jalan Istana sebagai tempat bersemayam rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong semenjak tahun 1957 ini ini telah berpindah secara rasminya ke Istana Negara, Jalan Duta. Istiadat tersebut juga menandakan Pengawal Istana dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja termasuk Pengawal Berkuda yang menjadi tarikan pelancong turut  menamatkan tugasan di Istana Negara, Jalan Istana dan kini menyambung penugasan baru di Istana Negara, Jalan Duta.




copypaste

Monday, April 9, 2012

Jangan Tidur Meniarap


Dari Abu Dzar ra., beliau mengatakan, “Suatu hari Nabi s.a.w. sedang berjalan melewatiku... ketika itu aku tidur secara meniarap... Maka baginda membangunkan aku menggunakan kakinya, dan berkata, “Hai Junaidib (panggilan Abu Dzar), sesungguhnya cara berbaring seperti ini adalah cara berbaring penghuni neraka.” (HR. Ibnu Majah)....

Dari Abu Hurairah r.a., beliau berkata; Rasulullah s.a.w. pernah melihat ada seseorang yang berbaring di atas perutnya (meniarap), maka baginda berkata, “Sesungguhnya cara berbaring seperti ini dibenci oleh Allah.” (HR. Tirmidzi)

Saturday, April 7, 2012

Tunang tanpa sedar, trend remaja masa kini.


Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Dengar tajuk mesti masing-masing dah excited kan? HAHA Tau sgt dah korang semua ni. heee Tapi baca dulu sampai habis okay.

This entry sebenarnya nak ajak korang ramai-ramai pergi ke forum yang dianjurkan oleh kolej suami mira. Kolej Dato' Onn, UKM. Ceramah yang bertajuk "Tunang tanpa sedar, trend remaja masa kini" akan diadakan pada 24 Mac 2012 (Sabtu) jam 7.30malam-11.00malam. Ceramah ini bertempat di Dataran Panggung Seni, UKM. 

Suami mira merupakan AJK Publisiti untuk program ni. So, dia incharge buat poster, banner, dan iklankan tentang program ni. Tapi tahu2 je la. Cik abang mira tu pemalu orangnya. Dapat plak AJK Publisiti. haha Bagai langit dengan bumi la dengan perangai dia. haha so, dengan senang hatinya mira yang tolong promote program dia dekat blog ni. heeeee tolong suami dapat pahala ni :) Kalau sape dah add suami mira, dia dah tukar profile picture dah Tak nak dah pakai gambar kitorang. Gambar poster dia lebih penting. hahaha Takde la. My hubby cakap, itu memang trend dekat sana. Bila ada program, semua akan tukar Default Picture jadi gambar poster program tu. Its one of the way to promote jugak la kiranya. :)

Bagi sesiapa yang berada di area Bangi, area UKM dll, dengan berbesar hatinya anda dijemput hadir ke ceramah ini. Bagi yang berada di tempat lain, yang nak datang pun boleh. Kehadiran anda amat dialu-alukan :) Tajuk dia macam awesome kan. hihi teringin jugak nak dengar, tapi apakan daya. Tak larat den nak merentas laut cina selatan tu =p Tajuk pun dah awesome, mesti pengisiannya lebih awesome. Kalau nak tau lebih lanjut tentang tajuk tu, korang kena la pergi dengar! =) Bagi yang dekat, tak rugi kalau korang pergi. Dapat tambah ilmu. Mana tau lepas ni rezeki korang pulak ke tunang, kahwin? hehe Suka je korang eh bila ckp pasal ni =p

Tapi kan. Dah beberapa program UKM mira perhatikan, semua cerita bab kahwin! HAHA Bukan UKM je, kebanyakan tempat. Allah. Orang sekarang ni, terlalu fokus bab nikah kahwin sangat. hee Jangan lupa sahabat, nikah kahwin hanya menyempurnakan sebahagian daripada iman. Sudah cukupkah sebahagian sahaja? Kita ada misi kena cari sebahagian lagi.. Yang tu lebih penting tau! Bila buat ceramah mengenai Rasul junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, ceramah mengenai akidah, ntah berapa kerat je yang datang. Jangan la macam tu. Kita balancekan dua-dua okay?! Kita pergi ceramah tentang nikah kahwin, ceramah tentang benda lain pun kita pergi jugak. Haaa. kan balance tu. Insya Allah berkat ilmu yang kita dapat tu. Persediaan dunia akhirat :)

Ni poster mengenai program ni.


Last but not least,
Sabda Rasulullah s.a.w: "Apabila kamu melintasi taman syurga hendaklah kamu berhenti singgah” Para sahabat bertanya:"Apakah taman syurga itu?” Jawab baginda: "Majlis Zikir.” (HR at-Tirmidzi)  


p/s: Program ni bukan berunsurkan keuntungan tapi lebih kepada beramal. Nur doakan program abang berjalan dengan lancar insya Allah =) Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin..

Assalamualaikum.
Entry ditaip oleh : Puan Nur Amirah Binti Hasane :)

Friday, April 6, 2012

♥ Ketahui 7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan ♥


1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebanyak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita2 diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan.
Wallahualam.

Sumber : Melayukini.net