Friday, July 20, 2012

Layakkah Aku ke Universiti dengan RESULT macam ni ?


* Apa pendapat korang ? 
* Layak tak aku ni ? Aishhh ..
* Jumpe game ni kat FB
* Good nytez !
* Hanya GURAUAN, jangan MARAH, sapa MARAH nnti kena JUAL ... haha

KESAN-KESAN PENDUDUKAN JEPUN TERHADAP PERKEMBANGAN NASIONALISME MASYARAI{AT TEMPATAN DI ASIA TENGGARA PADA ABAD KE 20



PENGENALAN

Pendudukan Jepun di Asia Tenggara selama 3 1/2 tahun telah berjalan dengan pelbagai dasar yang memeritkan penduduk tempatan. Ternyata pengalaman diperintah oleh pentadbiran Jepun telah berjaya menanam dan membangkitkan semangat nasionalisme dikalangan penduduk di Asia Tenggara. Antara
faktor yang menyumbang kearah kebangkitan nasionalisme ini ialah pengalaman mentadbir Negara sendiri, dasar sederhana Jepun, jatuhnya imej Barat, pembebasan tahanan politik dan pelbagai faktor lain yang turut membantu kebangkitan semangat nasionalisme penduduk tempatan.

ISI

PENGALAMAN PENTADBIRAN
Semasa pendudukan Jepun, penduduk tempatan telah diambil dan diberi peluang untuk mengisi kekosongan jawatan bagi mentadbir sama ada dalam bidang pentadbiran mahu pun teknikal. Keadaan ini secara langsung telah menambah keyakinan dikatangan penduduk tempatan untuk memerintah Negara mereka sendiri pada suatu hari nanti. Contohnya di Indonesia dan Burma ramai golongan pelajar telah diberi peluang untuk bersama-sama dengan pemerintah tentera Jepun menguruskan pentadbiran Negara mereka sendiri.


PERTUBUHAN BERSIFAT POLITIK DI BENARKAN
Semasa pendudukan Jepun, gerakan bersifat politik telah dibenarkan. Keadaan ini telah memberi peluang kepada golongan nasionalis tempatan berpura-pura bekerjasama dengan Jepun dengan memperalatkan Pertubuhan-pertubuhan tersebut.
Di Indonesia, beberapa pertubuhan seperti PUTERA, PETA dan JAWA HOKOKAI telah digunakan untuk menyemarakkan kegiatan nasionalis dengan membangkitkan perasaan anti Jepun dan anti­imperialis. Ternyata mereka berjaya apabila mendapati PETA telah menjadi sumber kekuatan tentera Indonesia semasa berperang dengan Belanda selepas kekalahan Jepun.

PEMBEBASAN TAHANAN
Tindakan pentadbiran Jepun yang membebaskan tahanan politik semasa penguasan barat telah memberi harapan baru kepada tokoh-tokoh tempatan yang dipenjarakan. Malah, mereka telah diberi kebenaran untuk berpolitik. Keadaan ini telah memberi peluang kepada mereka untuk bangkit semula. Contohnya di Vietnam beberapa orang tokoh tempatan yang dipenjarakan telah dibebaskan seperti Caio Dai dan Hua Hau. Manakala di Burma, Aung San dan rakan-rakannya telah dibebaskan. Begitu juga di Indonesia, beberapa orang tokoh yang dipenjarakan semasa pentadbiran Belanda telah dibebaskan. Mereka terdiri daripada Sukarno, Hatta dan Sutan Syahrir. Pembebasan mereka bermakna perjuangan bagi menuntut kemerdekaan telah bernafas semula.


JATUHNYA IMEJ BARAT

Kebangkitan dan kejayaan tentera Jepun menguasai Asia Tenggara dalam jangka waktu yang singkat telah secara langsung menjatuhkan imej Belanda dikalangan rakyat Indonesia, British di Burma, Perancis di Indo China dan Sepanyol di Filipina.

Pada tanggapan penduduk tempatan orang-orang timer sebenamya jauh lebih hebat dan kuat berbanding bangsa Eropah yang telah sekian lama menjajah mereka. Justeru itulah perjuangan menuntut kemerdekaan semakin bersemangat selepas tentera Jepun berundur dari Asia Tenggara pada tahun 1945.

KESENGSARAAN HIDUP SEMASA PENDUDUKAN JEPUN

Sepanjang 31/2 tahun pendudukan Jepun di Asia Tenggara keseluruhan kawasan mengalami kemelesetan ekonomi. Peningkatan harga barang yang berterusan dengan kadar inflasi yang terlalu tinggi telah menyukarkan lagi kehidupan rakyat. Contohnya di Thailand, Burma dan Vietnam kekurangan barang makanan pada tahun 1943 telah mengakibatkan harga barangan meningkat sehingga 39 kali ganda. Keadaan ini tentunya memeritkan golongan bawahan yang bekega sebagai petani.

Seluruh rakyat dan negara terus terbeban apabila Jepun meningkatkan lagi eksploitasi sumber kekayaan negara dengan mengaut Seluruh sumber ke negara mereka. Misalnya di Indonesia dan Burma semua hasil pertanian dan perlombongan telah diangkut ke negara Jepun.

Segala penderitaan dan kesengsaraan rakyat sepanjang pendudukan Jepun telah menyedarkan rakyat bahawa mereka tidak lagi mahu dijajah selepas pengunduran Jepun dari negara mereka.
PROPAGANDA JEPUN
Bagi menjamin dan mengekalkan penguasaan Jepun ke atas Asia Tenggara, mereka menyebarkan pelbagai propaganda contohnya di Indonesia rakyat telah diperkenalkan slogan `Jepang Indonesia Sama-sama atau Jepang Saudara Tua'.Manakala di Filipina rakyat telah di tanam dengan slogan `Asia Untuk Asia', 'Filipina Untuk Orang Filipina' dan `Asia Adalah Satu'.
Melalui slogan-slogan ini walau pun is merupakan propaganda tapi telah menyedarkan rakyat tempatan bahawa mereka tidak patut dijajah lagi setelah pengunduran Jepun dari tanah air nanti.
JANJI JEPUN UNTUK MEMBERI KEMERDEKAAN
Jepun sedar bahawa mereka tidak akan kekal lama di Bumi Asia Tenggara justeru bagi memikat hati penduduk tempatan Jepun telah berjanji akan memberi kemerdekaan suatu hari nanti. Di Indonesia misalnya Perdana Menteri Jepun telah berjanji akan memberi kemerdekaan. Bagi tujuan itu satu Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan Indonesia yang dipengerusikan oleh Sukarno telah ditubuhkan. Janji Jepun, kemerdekaan akan diberi kepada rakyat Indonesia selewat-lewahrya pada 7 Sept 1945.

Manakala di Burma beberapa pemimpin seperti Dr. Ba Mao, Thakin Mya, dan Thakin Aung San telah di jemput keTolryo bagi membincangkan mengenai kemerdekaan Burma. Begitu juga di Filipina, sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Preparatory Commission For Philippina Indepandence telah ditubuhkan bagi mengkaii perlembagaan sehinggalah Filipina diberi kemerdekaan pada 14 Okt 1943 oleh Jepun. Daripada peristiwa-peristiwa inilah kebanyakkan pemimpin tempatan beranggapan bahawa mereka telah berada diambang kemerdekaan dan tidak wajar lagi dijajah selepas pengunduran Jepun dari tanah air mereka.

KESIMPULAN

Ternyata pendudukan Jepun di Asia Tenggara selama 31/2 tahun telah mendatangkan pelbagai implikasi kepada sistem politik, sosial dan ekonomi masyarakat tempatan. Namun, pendudukan Jepun juga sebenamya telah berjaya menanam dan seterusnya membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan penduduk tempatan. Pengunduran Jepun dari Asia Tenggara pada Sept 1945 telah diikuti dengan perjuangan menuntut kemerdekaan oleh masyarakat tempatan sehinggalah mencapai kemerdekaan yang sebenarnya.



**moodrevision

Thursday, July 19, 2012

KEPENTINGAN PERJANJIAN PERSEKUTUAN 1896 DARI SEGI POLITIK DAN EKONOMI



Pengenalan
- Tujuan Persekutuan dibentuk ialah untuk mengawal kuasa residen di keempat-empat buah negeri iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang.
- Selain itu penubuhan Persekutuan juga bertujuan menyeragamkan pentadbiran di kempat­empat negeri berkenaan.
-Memberi bantuan kewangan kepada Pahang.

Isi
Syarat-syarat Perjanjian Persekutuan 1896

-Sultan-sultan menerima nasihat daripada residen jeneral dalam semua hal kecuali dalam hal agama Islam dan adat istiadat Melayu.
-Negeri-negeri Melayu terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang. Jawatan residen jeneral dibentuk.
-Pembentukan jabatan jabatan pusat seperti Jabatan Kerja Raya, Jabatan Hutan, dan Jabatan Kehakiman. Antara ketua-ketua jabatan yang dilantik ialah Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya Polis, dan Pengarah Jabatan Kerja Raya.

Kepentingan Persekutuan dari segi ekonomi
-Kestabilan politik meyakinkan pemodal-pemodal Eropah dan saudagar-saudagar Cina dari Negeri-Negeri Selat untuk melabur di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
-Perusahaan bijih timah dan getah berkembang pesat. Tanah Melayu muncul sebagai pengeluar terbesar getah dan bijih timah dunia.
-Kemudahan infrastruktur dan sisteni perhubungan bertambah maju.
-Pendapatan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu meningkat.
-Perkembangan ekonomi membawa kepada pertambahan penduduk yang pesat ekoran kemasukan golongan imigran India dan China.
-Munculnya bandar-bandar baru seperti seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Seremban, danAmpang. --Perkhidmatan sosial seperti pendidikan dan kesihatan turut disediakan. Kepentingan

Persekutuan dari segi politik
-Pembentukan Persekuhian 1896 menyebabkan raja-raja Melayu dan Majlis Mesyuarat Negeri di keempat-empat negeri kehilangan kuasa pentadbiran kerana kuasa dimiliki sepenuhnya oleh residen jeneral.
-Persekutuan merintis kepada penyatuan negeri-negeri Melayu.
-Ekoran rasa tidak puas hati di kalangan raja-raja Melayu terhadap Persekutuan, Durbar atau --Majlis Raja-Raja Melayu dibentuk.
-Ketidakpuasan hati raja-raja Melayu juga membawa kepada pelaksanaan dasar pengagihan kuasa. Dasar ini bertujuan mengembalikan sesetengah kuasa kerajaan pusat kepada kerajaan negeri.

KesimpulanKemajuan dalam bidang ekonomi nampak ketara ekoran penubuhan Persekutuan 1896. Walau bagaimanapun pembangunan yang berlaku tidak menyeluruh di semua kawasan, tetapi hanya ditumpukan di kawasan-kawasan yang ada kepentingan dengan pihak penjajah British. Dari segi politik, Persekutuan 1896 merupakan langkah awal ke arah penyatuan negeri-negeri Melayu.



**moodrevision

Wednesday, July 18, 2012

DASAR ISOLASI DI SIAM DAN CHINA SEHINGGA ABAD KE¬19



A. PENDAHULUAN
1. Dasar pemencilan diri dalam dunia perdagangan antarabangsa dgn kuasa­kuasa Barat.
2. Dasar kerajaan yg enggan benarkan pedagang-pedagang asing c/tgn dlm urusan perdagangan mrk.
3. Pedagang tidak boleh bawa keluar hasil bumi mrk. Cth China, Jepun, dan Thailand
4. Dasar yg dijlnkn bagi mengelakkan @ menghalang hubungan sesuatu negara itu dgn negara luar @ c/tgn serta kemasukan pengaruh luar khususnya negara2 Barat ke negara mrk dlm bidabg ekonomi, politik dan sosial.
5. Tujuan - utk elakkan c/tgn kuasa asing dlm sist. Politik, ekonomi dan sosial.
6. Dasar pintu terbuka - dasar yg tidak ada sebarang sekatan t'hadap mana2 pihak utk mjlnkn hubungan dgn negara tsebut dlm semua bidang (ekonomi, sosial dan politik)

B. DASAR ISOLASI DI SIAM
1. Hubungan Siam dgn kuasa luar (Rams I dan Rama II )
Dasar tutup pintu masa ini bukanlah seca;ra mutlak.
Hubungan ini berlangsung secara terhad t:anpa tekanan politik.
Rama 1 ada hubungan dgn Portugis dan semakin erat semasa Rama II, apabila portugis dibenarkan dirikan konsul di Bangkok (1820) Portugis tidak minat utk kembangkan perdagangan dan bri peluang kpd pedagang persendirian British spt Kapten Hunter ( pedagang asing p'tama ada kemudahan utk masuk istana)

2,. Perkembangan politik semasa Rama III
- Rama III dasar tutup pintu mina berubah.
- Adakan hubungan dgn British krn dipengaruhi oleh p'kembangan politik sekitarnya. Cth British berjaya mengalahkan Burma dlm Perang Inggeris­Burma 1(1824).
- Keadaan ini membimbangkan Siam jika 'British teruskan dasar agrasifnya di negara itu.
- Rama III adakan hubungan perdagangan dgn British krn kepentingannya di NNMU.
- Tahun 1826 Rama III tandatangani Perjanjian Burney dgn Inggeris. Perjanjian
persahabatan dan perdagangan yg pertarna ant Siam dgn kuasa Barat.
- Rama 3 bersetuju benarkan Inggeris berdagang I Siam dgn syarat Inggeris
tidak boleh import candu dan eksport beras dr Siam.

Dasar buka pintu ini hanya berlaku tahap pertama pemerintahannya krn tempoh ke-2 telah dihadkan spt kenakan peraturan yg ketat spt cukai import tinggi & kerajaan kawal hasil eksportnya. 1850 utusan Inggeris James Brooke dan utusan As di hntr ke Bangkok utk runding m'genai perdagangan tetapi Rama 3 enggan buka pintu seluas­luasnya kpd Barat.
Krn letus Perang Candu 1 ( 1839-1840) di China - beri pengajaran supaya tidak wujudkan hubungan dgn kuasa bast. Sbbnya Inggeris di China gunakan faktor perdagangan utk desak China beri hak keistimewaan kpdnya. Rama III juga mahu batalkan perjanjian yg telah ditandatangani dgn kuasa bast.
Dlm masa yg sama British & As hantar wakil utk desak Siam beri lebih banyak konsesi perdagangan kpd mrk.
Rama III rama jika baginda penuhi tuntutan itu ekonomi Siam akan dikuasai oleh kuasa bast, kebudayaan tradisi akn terancam dan peperangan akn meletus jika tolak tuntutan.
Lebih rela perang dr hilang kuasa ekonomi dan budaya tradisi.
Tetapi Rama III telah mangkat dan diganti olh Mongkut yg dpt selamatkn Siam drpd berperang.

3. Kepentingan British di Siam
Siam jadi sasaran British krn negara itu p'luar gading gajah, beras dan kayu jati. Siam juga beri laluan kpd kapal dagang British utk ke China & sebaliknya. Dasar Siam menyebabkan British tidak dapat bergerak bebas di Siam. Pecnbabitan British di NNMU secara langsung turut babitkan Siam krn negeri itu di bwh naungan Siam.
British perlu cari jln utk wujudkan hubungan yg erat dgn Siam.

4. Perkembangan politik semasa Mongkut
Mongkut ambil keputusan utk tamatkan dasar tutup pintu krn hampir seluruh Negara-negara Asia Tenggara jatuh ke tgn bast. Keengganan China dan Burma terima kehadiran kuasa bast menyebabkn British menyerang dan paksa negara itu buka pintunya.
Jika Siam enggan buka pintu negaranya kpd bast, mrk juga akan terima nasib yg sama.
Mongkut sedar jika nak kekalkan kemerdekaan, dasar tutup pintu perlu diubah.
Mongkut telah m'yambut baik kedatangan British dan sanggup tandatangani Perjanjian dgnnya.
1855( 18 April ) Mongkut tanda tangan Perjanjian Bowring dgn British iaitu Gabenor Hong Kong Sir John Bowring dan dgn ini tamatlah dasar pintu tertutup di Siam.
Perjanjian ini merupakan titik perubahan antara Siam tradisional dgn Siam moden dan terdpt pelbagai perubahan dlm politik, ekonomi dan sosial.

C. DASAR ISOLASI DI CHINA
1. Di China -- negara barat sentiasa menimbulkan masalah dan huru-hara.
Dgn itu, Maharaja Yung Cheng (1722 - 1736 ) melarang kemasukan mubaligh2 Kristian ke China kecuali ahli sains, teknik dan kaji bintang. Hal ini berpunca drpd perselisihan yg berlaku ant Mazhab Franciscan dan Dominican dgn Maghab Jesuit.
- Kedua-dua mazhab ini tlh mengkritik sikap Jesuit yg agung-agung unsur kebudayaan China.
- Perselisihan ini timbulkan kekhuatiran maharaja China.

2. Mampu berdikari dan tidak perlu bergantung hidup kpd org2 barat utk dptkan barangan keperluan
Tidak perlukan barangan dr barat krn negara itu amalkan ekonomi Sara diri & hanya buat urusan perdagangan dan jual beli di dim negara shj. Negara ini jg kaya dgn sumber semula jadi & jg negara pertanian utama. China pengeluar teh, sutera, tembaga dan bijih timah. Segala keperluan dpt diperolehi dr dim negara mrk sendiri. Masyarakat China anggap kegiatan p'dagangan merupakan satu pekerjaan yg hina.
Jadi kegiatan perdagangan tidak digalakkan terutamanya dgn kuasa-kuasa barat.
Segala urusan perdagangan diawasi dgn ketat olh kerajaan China.

3. China juga bimbang budaya, adat istiadat dan agama tempatan akn terjejas
disamping merosakkan akhlak masyarakat China, apabila barat c/tgn.Agama
kristian yg dibawa oleh barat akan menyebbkan tradisi mrk terancam.
Kesannya akn menyebabkan pddk tempatan tinggalkan kepercayaan dan adat tradisi mereka selama ini krn orang china agama kristian putuskan hubungan dgn orang china yg pegang agama asal dan hidup terasing. Ajaran Kristian ini juga bertentangan dgn ajaran agama Buddha (jln mulia 8 lapis)
China adakan 8 peraturan utk membatasi perdagangan dgn barat & tidak boleh jlnkan perdagangan dgn bebas.
Dasar ini dpt halang monopoli perdagangan barat dan membataskan hubungan antara. mrk
4. Enggan menerima konsep persamaan taraf dlm jalinkan hubungan diplpmatik
- Km takut maruah negara akan jatuh/terje jas.
- org China anggap negara mrk sebagai middle kingdom & anggap negaranya
sbg Chung kuo/ pusat tamadun termasyhur/ dunia. Negara lain dianggap sbg
pembawa ufti yg rendah martabat.
Negara China anggap mrk m;punyai p;adaban yg tinggi dan orang barat sebagai barbarian/tidak bertamadun/hantu asing.

Konsep persamaan taraf sewaktu urusan perdagangan dan hubungan diplomatik dianggap m'jatuhkan imej negara China.
Mrk mesti terima kedaulatan, kekuasaan dan ketuanan negara China yg unggul melalui adat sujud/kowtow dan pembayaran ufti.

5. Sist perundangan China bertentangan dgn sistem perundangan barat. Undang­undang China berpegang kpd prinsip bhw seseorg yg didapati melakukan kesalahan dianggap bersalah sehingga dibuktikan tidak bersalah, dan menitikberatkan tljwb kumpulan/kolektif.
Sist perundangan barat menekankan t/jwb individu & menegaskan yg disyaki bersalah masih tidak bersalah sehingga mahkamah memutuskan dia bersalah. penembak meriam kapal Lady Hughes yg tertembak 2 org rakyat china secara tidak sengaja dan menyebabkn kematian.
Hukuman kerajaan Manchu mints ganti rugi & jatuhkan hukuman cekik sampai mati. Hukuman ini di tentang oleh barat yg anggap tidak perikemanusiaan.

6. Maharaja Chein Lung keluarkan satu dekri yg ads 8 peraturan utk hadkan perdagangan orang-orang barat di China.
- Orang barat dibenarkan berdagang di pelabuhan Canton shj.
Orang barat dihendaki berdagang melalui cohong (wakil p'dagangan yg dilantik olh kerajaan China utk kendalikan perdagangan dgn org asing) Cohong b/tjwb memonopoli p'dagangan, mengenakan takrif p'dagangan serta uruskan pengedaran barang tempatan.
Saudagar barat dilarang b'kahwin dgn wanita tempatan.
Saudagar barat tidak blh bawa masuk isteri dan senjata api ke China Saudagar barat dihendaki pulang ke Macau setelah tamat musim perniagaan. Orang asing jg tidak dibenarkan belajar bahasa China Orang asing tidak dibenarkan guns sg dgn bebas dan hanya dibenarkan melawat Flower Garden shj.

7. Pelbagai usaha dibuat oleh Barat utk wujudkan hubungan perdagangan dgn China
8. Cth 1793- Britain hantar wakilnya George Macartney, 1816 hntr Lord Amherst dan John Napier.
9. Segala usaha itu gagal buka pintu China.
10. Peraturan ini menyukarkan pihak barat utk berdagang di China dan British
gunakan cars kasar utk m'gubah dasar luar China.
11. Kedegilan & ketegasan China. serta tindak balas dr Britain m'yebbkan cetusnya
Perang Candu pertama 1839 yg berakhir dgn Perjanjian Nanking 1842.
12. Mengubah dasar luar China dr dasar pintu tertutup kpd dasar pintu terbuka yg
jatuhkan maruah China sbg middle kingdom


KESIMPULAN
1. Kemerdekaan Siam dpt diselamatkan apabila Rama IV amalkan dasar tolak ansur dgn kuasa-kuasa Barat apabila baginda membuka pintu Siam kpd perdagangan antarabangsa.
2. Dasar ini telah membawa perubahan yg pesat kpd sist politik, ekonomi dan sosial Siam malah dapat menyelamatkan kemerdekaan Siam.
3. China pula tidak tidak mengekalkan kemerdekaannya apabila China kalah dalam Perang Candu Pertama dan terpaksa membul;a pintu negaranya kpd kuasa-kuasa Barat.



**moodrevision

Tuesday, July 17, 2012

Dasar tutup pintu yang diamalkan di China dan Jepun pada abad ke-19.


Pengenalan  (3m)

-Dasar isolasi atau pemencilan diamalkan oleh kebanyakan negara-negara  Asia termasuk China dan Jepun. Melalui dasar ini kedua-dua negara memutuskan untuk tidak mengadakan sebarang hubungan persahabatan atau diplomatik dan enggan mengadakan hubungan perdagangan dengan kuasa-kuasa barat

-Keengganan China dan Jepun mengadakan hubungan diplomatik dan perdagangan menyebabkan barat telah  menjalankan  dasar  agresif  terhadap  kedua-dua  negara yang  menyebabkan  akhirnya  mereka terpaksa menamatkan dasar tutup pintu.

Isi:

DASAR ISOLASI DI JEPUN (10m)

-Jepun telah menamatkan dasar buka pintu pada tahun 1638. Jepun menjalankan dasar tutup pintu yang relatif dari dunia luar kira-kira 250 tahun. Menurut dasar ini orang Jepun dilarang menjalinkan hubungan perdagangan dengan kuasa-kuasa asing khasnya kuasa-kuasa barat dan pedagang-pedagang luar juga tidak boleh berdagang di Jepun.

-Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan Jepun mengamalkan dasar isolasi iaitu:

a) Wujud perasaan syak wasangka terhadap kejujuran barat dan bimbang barat akan mengambil kesempatan untuk campurtangan dalam politik tempatan

b)  Perkembangan   agama   Kritian   dijadikan   landasan   oleh   kuasa   barat  untuk   menjatuhkan   dan melemahkan masyarakat tempatan seperti yang berlaku di Filipina dan China

c) Orang-orang  asing sering mencetuskan  huru hara di Jepun yang dianggap mengancam  keamanan negara

d) Jepun tidak bergantung kepada orang barat kerana sebagai sebuah negara pertanian Jepun mampu memiliki segala keperluan yang dikehendaki

e) Kerajaan  Jepun  juga bimbang  pembesar-pembesar  seperti Daimyo Tozama dan Ronin yang tidak berpuas hati akan meminta bantuan senjata dan askar dari luar untuk menentang kerajaan

-Berpunca dari faktor-faktor tersebut akhirnya Jepun mula menyekat kemasukan orang-orang Barat ke Jepun malah mubaligh-mubaligh  Kristian yang ketika itu berada di Jepun telah diusir keluar dan rakyat tempatan juga turut dilarang melawat ke luar negara terutama negara-negara barat

-Pada tahun 1825 Shogun telah mengeluarkan satu perintah bahawa jika kapal-kapal asing menghampiri mana-mana bahagian Jepun pada bila-bila masa maka penduduk Jepun akan mengusir mereka keluar. Sekiranya mereka mendarat mereka akan ditawan, dibunu dan kapal mereka akan dimusnahkan

-Dasar ini mendapat  perhatian  barat:  pada tahun 1884 Raja Belanda telah menasihati  Shogun agar menghentikan dasar tersebut tetapi gagal. Stamford Raffles juga berusaha mengadakan hubungan tetapi gagal

-Amerika Syarikat turut memberi perhatian kepada Jepun kerana aktiviti maritim yang sering dijalankan oleh mereka terutama di Lautan Pasifik sering menghadapi masalah iaitu anak-anak kapal yang menjalankan aktiviti peangkapan ikan paus dan anjing laut sering menghala ke Jepun terutama apabila berlaku cuaca buruk atau semasa kapal karam dan mendapat layanan buruk apabila mendarat di Jepun. Kapal-kapal  Amerika  juga  menggunakan  pelabuhan  Jepun  sebagai  persinggahan terutama  untuk membaiki kerosakan ataupun memerlukan bekalan makanan.

-Apabila Amerika mengumumkan dan menghantar misi ke Jepun dalam tahun 1853, Britain menyokong penuh dan berharap ia berjaya merintis jalan ke arah pembabitan mereka di Jepun

- Dasar isolasi Jepun hanya berakhir dengan kehadiran Komodor Mathew C. Perry pada 1 Julai 1853. Utusan  ini  menekankan  aspek  persahabatan  dan  perdamaian tetapi  menegaskan  bahawa  Amerika Syarikat   akan   menggunakan   kekerasan  sekiranya   Jepun   masih   menganggap   Amerika   sebagai musuhnya

-Walaupun maharaja, pembesar istana dan daimyo menentang permintaan Amerika tetapi mereka sedar jika ianya tidak dipenuhi  Jepun  akan  senasib  dengan China. Akhirnya  Perjanjian  Kanagawa  ditanda tangani pada 31 Mac 1854 antara Jepun dan Amerika Syarikat dan sekaligus menamatkan dasar isolasi Jepun

DASAR TUTUP PINTU DI CHINA (10m)

-Pada  peringkat  awal  China  menjalankan  hubungan  dengan  kuasa  –kuasa barat,  namun  hubungan tersebut tidak kekal lama. Hubungan yang terjalin dengan kuasa-kuasa barat sejak abad ke 16 mulai dingin pada abad ke 19. Negara China di bawah pemerintahan Dinasti Manchu mula menjalankan dasar isolasi

-Beberapa peratran perdagangan yang ketat telah dikenakan ke atas pedagang-pedagang  barat.Dasar ini dilakukan oleh China kerana :

a)   Bimbang  kuasa  barat  akan  mengunakan  peluang  dari  hubungan  ini  untuk campurtangan dalam hal ehwal politik tempatan

b)   Perluasan  agama Kristian  dan budaya  barat  dikuatiri akan mencemarkan agama dan adat istiadat tempatan di samping merosakkan akhlak masyarakat Cina

c)   Negara China dianggap sebagai Middle Kingdom atau Pusat Tamadun Dunia oleh itu semua negara kecil perlu tunduk di bawah kuasanya. Konsep persamaan taraf yang diamalkan oleh orang-orang barat akan menjatuhkan imej Cina

d)   Orang-orang  Cina memiliki peradaban yang lebih tinggi berbanding orang-orang barat yang dianggap barbarian atau tidak bertamadun

e)   Masyarakat dan kerajaan China menganggap perdagangan merupakan satu pekerjaan yang hina. Oleh itu perdagangan tidak digalakkan dengan kuasa barat. Keadaan ini ditambah lagi dengan China yang mengamalkan ekonomi sara diri. Oleh itu China tidak memerlukan

barangan dari barat kerana mereka mempunyai kawasan yang luas dan kaya dengan pelbagai sumber

-Bermula  pada  abad  ke  19  kuasa-kuasa  barat  mula  memperlihatkan  keinginan yang  kuat  untuk menjalankan perdagangan di China iaitu untuk menjadikan China pasaran barangan keluaran mereka atau mendapatkan barang-barang dagangan seperti teh dan sutera

-Perdagangan di China sangat terikat dengan perdagangan Canton dan sistem perdagangan ini bukan sahaja menggambarkan  dasar ekonomi tertutup tetapi juga anggapan China bahawa mereka adalah negara Middle Kingdom yang tidak memerlukan perdagangan dan barangan luar

-Sistem di Canton memperlihatkan sifat monopoli. Kerajaan telah memebrikan kuasa perdagangan hanya kepada 13 buah firma komersil yang dikenali sebagai Hong yang bertindak sebagai agen jualan. Antara firma yang penting ialah Tungfoo dan Kwonglei

-Firma yang mengendalikan pedagang-pedagang dari Eropah dan Amerika Ayarikat dikenali sebagai Wai Yang. Bagi Asia Tenggara pula dikenali sebagai Peng Kang Hang. Untuk mengukuhkan firma ini maka pertubuhan pedagang yang dikenali sebagai Cohong telah ditubuhkan dan menjalankan aktiviti mereka berdasarkan 13 perkara tentang harga barangan dan perkara-perkara yang bersangkutan dengan perdagangan

-Sehubungan itu pelbagai sekatan telah dikenakan oleh pihak China. Maharaja Chien Lung telah mengeluarkan Lapan Peraturan yang menghadkan perdagangan orang-orang barat di China antaranya:

a)   Orang-orang barat hanya dibenarkan berdagang di Pelabuhan Canton sahaja

b)   Orang-orang   barat   dikehendaki   berdagang   melalui      Cohong   yang  merupakan   wakil perdagangan yang dilantik untuk mengendalikan perdagangan dengan orang-orang asing

c)  Cohong bertanggungjawab memonopoli perdagangan, mengenakan tarif barangan, serta menguruskan pengedaran barang dagangan

d)   Saudagar-saudagar barat dikehendaki pulang ke Macao setelah tamat musim perniagaan e)   saudagar-saudagar dilarang mengahwini wanita tempatan
f)    Saudagar-saudagar barat tidak membawa masuk isteri dan senjata api ke China

g)   Orang-orang juga tidak dibenarkan mempelajari Bahasa Cina

h)   Orang-orang   asing   tidak   dibenarkan   menggunakan   sungai   dengan   bebas  dan   hanya dibenarkan melawat  Taman Bunga sahaja

-Peraturan-peraturan  ini  menyukarkan  pedagang-pedagang  barat  untuk berdagang  dan menyebabkan hubungan kedua-duanya tegang dan perang telah meletus.

KESIMPULAN ( 2 M )

-China terpaksa  membuka  pintu melalui  peperangan  Candu  1 dan 2, manakala Jepun  menerusi Perjanjian Kanagawa. Selepas dasar buka pintu China terus dicerobohi oleh kuasa-kuasa asing dan terpaksa menyerahkan konsesi-konsesinya sementara Jepun telah muncul sebagai sebuah negara moden melalui  Pemodenan Meiji

Monday, July 16, 2012

Susun lapis masyarakat feudal di China dan Jepun sebelum kedatangan kuasa barat.


Pengenalan

1. Susun lapis masyarakat feudal China, dan Jepun dibahagikan kepada golongan pemerintah dan golongan diperintah. Golongan pemerintah terdiri daripada raja, golongan bangsawan dan pembesar manakala golongan diperintah terdiri daripada rakyat biasa.

A. China
1. Maharaja
a. Lapisan teratas ialah maharaja
b. Maharaja berkuasa mutlak
c. Maharaja mendapat mandat memerintah dari syurga.

2. Bangsawan

a. Menduduki lapisan kedua selepas maharaja.
b. Terdiri daripada pembesar pusat, wilayah dan tempatan.
c. Dilantik dan ditauliahkan kuasa memerintah oleh maharaja.
d. Membantu maharaja dalam pentadbiran negara.
e. Pemilihan pembesar berdasarkan kelulusan Peperiksaan Awam.
f. Kuasa mereka dikawal oleh maharaja.

3. Golongan rakyat biasa.

a. Golongan Sarjana mempunyai kedudukan yang tinggi dan boleh menjadi pegawai kerajaan berdasarkan kelulusan mereka dalam Peperiksaan Awam.
b. Golongan petani dianggap sangat penting kerana mereka membekalkan makanan.
c. Golongan Artisan/tukang mahir, mereka mempunyai kemahiran dalam bidang tertentu seperti pertukangan besi, kraftangan, dan barangan tembikar.
d. Golongan pedagang- dianggap rendah tarafnya kerana perdagangan dianggap satu pekerjaan yang hina.
e. Golongan hamba – lapisan paling bawah dalam susun lapis masyarakat feudal di China.

B. Jepun

1. Maharaja menduduki lapisan paling atas.

a. Semasa pemerintahan Shogun Tokugawa, maharaja tidak mempunyai kuasa kerana Shogun telah merampas kuasa maharaja.
b. Shogun merupakan pemerintah sebenar di Jepun.
c. Shogun memerintah Jepun menerusi sistem pembesar feudal.


2. Pembesar

a. Pembesar feudal iaitu Daimyo, menduduki lapisan selepas Shogun.
b. Terdapat Daimyo Shimpan, Fudai dan Tozama.
c. Daimyo Shimpan terdiri daripada ahli keluarga Tokugawa, ditempatkan di kawasan strategik.
d. Daimyo Tozama ialah daimyo luar, dikawal ketat oleh shogun kerana daimyo ini tidak menyetujui pemerintah shogun.

3. Pahlawan

a. Mereka digelar Samurai atau panglima jepun yang kuat, menduduki lapisan selepas daimyo.
b. Samurai sangat setia kepada daimyo.
c. Samurai dilarang melibatkan diri dalam pekerjaan lain walaupun di masa aman.

4. Petani

a. Petani menduduki lapisan selepas Samurai.
b. Memainkan peranan membekalkan beras kepada rakyat.
c. Mereka dikehendaki membayar 40-50% hasil keluaran beras mereka kepada daimyo sebagai cukai tahunan.

5. Golongan Artisan

a. Meraka mahir dalam bidang pertukangan seperti membuat pedang dan peralatan lain.

6. Golongan Pedagang

a. Menduduki lapisan paling bawah memandangkan Jepun menjalankan dasar tutup pintu.

Kesimpulan

Masyarakat feudal China membenarkan mobiliti sosial, rakyat biasa boleh menduduki jawatan yang tinggi dalam kerajaan jika lulus peperiksaan awam.Berbanding dengan Jepun, yang tidak membenarkan mobiliti sosial. Pembahagian golongan di Jepun dibuat berdasarkan warisan turun-temurun.



**mood revision

Sunday, July 15, 2012

Saturday, July 14, 2012

Kepentingan Perjanjian Nanking 1842 dan Perjanjian Kanagawa 1854

 


PENDAHULUAN
-Revolusi Perindusrian di Eropah memerlukan sumber bahan mentah dan pasaran untuk memasarkan barangan mereka.
-Jadi kuasa-kuasa Eropah menjalankan dasar imperialisme.
-Perjanjian Nanking 1842 ditandatangani antara China dan British.
-Perjanjian Kanagawa 1854 telah ditandatangani antara Jepun dan Amerika Syarikat.
-Titik permulaan perjanjian antara pemerintah tempatan dengan Barat.

ISI:
a.Perjanjian Nanking 1842

Sebab-sebab:
· Negara China mengamalkan dasar tutup pintu.
· Negara China menganggap orang-orang Barat sebagai barbarians dan bertaraf rendah.
· China enggan mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Barat atas dasar persamaan taraf.
· Perdagangan asing dibenarkan secara terhad di Canton sahaja.
· Sistem perundangan yang bertentangan.
· Britain telah menggunakan kekerasan untuk menghapuskan dasar tutup pintu negara China dalam Perang  

  Candu 1 yang berakhir dengan Perjanjian Nanking




Syarat-syarat:

· China bersetuju menyerahkan Hong Kong kepada British.
· Sistem monopoli co-hong dihapuskan..
· China membuka 5 buah pelabuhan, iaitu Amoy, Canton, Foochow, Ningpo dan Shanghai.
· Pegawai-pegawai Konsular British akan ditempatkan di pelabuhan-pelabuhan.
· China berjanji untuk mengenakan cukai-cukai yang sederhana dan sama ke atas eksport dan import.
· China bersetuju membayar gantirugi sebanyak 21 juta tael

Kesan:
· Menamatkan perang British-China pertama
· Permulaan campur tangan Barat di China
· China terpaksa tunduk kepada Barat dan menerima hakikat perdagangan bebas
· China terpaksa menandatangani perjanjian-perjanjian dengan kuasa barat yang lain
· China telah dibelah bahagikan oleh kuasa-kuasa barat:
i. Rusia mendapat pajakan di Selatan Semenanjung Linotung selama 25 tahun pada tahun 1898. 
ii. Jerman diberi pajakan 99 tahun di Teluk Kinochow
iii. Perancis mendapat mendapat pajakan 99 tahun di Teluk Kwangchow

b. Perjanjian Kanagawa 1854

Sebab-sebab:
Jepun mengamalkan dasar tutup pintu.
Hanya orang belanda dan China boleh berdagang di pelabuhan Nagasaki.
Menjelang abad ke 19 Amerika Syarikat sangat berminat untuk membuka Jepun kerana:
i. Potensi perdagangan antara Amerika Syarikat dan Jepun.
ii. Perusahaan menangkap ikan paus Amerika di Lautan Pasifik berkembang pesat.
iii. Perdagangan Amerika dengan China di Canton semakin meningkat.
iv. Kerajaan Jepun terpaksa menandatangani perjanjian Kanagawa dengan Amerika Syarikat.

Syarat-syarat:

· 2 buah pelabuhan Jepun Shimoda dan Hokadate telah dibuka kepada kapal-kapal Amerika Syarikat bagi mendapatkan bekalan dan berdagang
· Anak kapal Amerika Syarikat yang terkandas di Jepun diberi layanan yang baik
· Amerika diberi kebenaran melantik seorang konsul di Shimoda
· Amerika diberi layanan ‘most favoured nation’

Kesan:

Kuasa Barat yang lain seperti Belanda, Rusia, Britain dan Perancis menandatangani perjanjian –perjanjian perdagangan dengan Jepun
Jepun dibuka kepada kuasa-kuasa Barat
Hubungan diplomatic atas dasar persamaan taraf dan hubungan perdagangan telah ditetapkan



KESIMPULAN
· Dasar tutup pintu yang diamalkan oleh China telah memberi padah kepada kerajaan China sendiri sehingga dicerobohi oleh British
· Selain perjanjian Nanking, China terpaksa membuat perjanjian dengan kuasa Barat yang lain seperti Perjanjian Bogue, Perjanjian Whampoa (Amerika Syarikat) dan PerjanjianWang Hsia (Perancis) yang lebih merugikan China
· Kesedaran pemerintah Jepun tentang perkembangan politik di Asia serta kebijaksanaan pemerintahnya telah membolehkan Jepun mengekalkan kemerdekaannya



***revision sebelum trial STPM