Tuesday, July 17, 2012

Dasar tutup pintu yang diamalkan di China dan Jepun pada abad ke-19.


Pengenalan  (3m)

-Dasar isolasi atau pemencilan diamalkan oleh kebanyakan negara-negara  Asia termasuk China dan Jepun. Melalui dasar ini kedua-dua negara memutuskan untuk tidak mengadakan sebarang hubungan persahabatan atau diplomatik dan enggan mengadakan hubungan perdagangan dengan kuasa-kuasa barat

-Keengganan China dan Jepun mengadakan hubungan diplomatik dan perdagangan menyebabkan barat telah  menjalankan  dasar  agresif  terhadap  kedua-dua  negara yang  menyebabkan  akhirnya  mereka terpaksa menamatkan dasar tutup pintu.

Isi:

DASAR ISOLASI DI JEPUN (10m)

-Jepun telah menamatkan dasar buka pintu pada tahun 1638. Jepun menjalankan dasar tutup pintu yang relatif dari dunia luar kira-kira 250 tahun. Menurut dasar ini orang Jepun dilarang menjalinkan hubungan perdagangan dengan kuasa-kuasa asing khasnya kuasa-kuasa barat dan pedagang-pedagang luar juga tidak boleh berdagang di Jepun.

-Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan Jepun mengamalkan dasar isolasi iaitu:

a) Wujud perasaan syak wasangka terhadap kejujuran barat dan bimbang barat akan mengambil kesempatan untuk campurtangan dalam politik tempatan

b)  Perkembangan   agama   Kritian   dijadikan   landasan   oleh   kuasa   barat  untuk   menjatuhkan   dan melemahkan masyarakat tempatan seperti yang berlaku di Filipina dan China

c) Orang-orang  asing sering mencetuskan  huru hara di Jepun yang dianggap mengancam  keamanan negara

d) Jepun tidak bergantung kepada orang barat kerana sebagai sebuah negara pertanian Jepun mampu memiliki segala keperluan yang dikehendaki

e) Kerajaan  Jepun  juga bimbang  pembesar-pembesar  seperti Daimyo Tozama dan Ronin yang tidak berpuas hati akan meminta bantuan senjata dan askar dari luar untuk menentang kerajaan

-Berpunca dari faktor-faktor tersebut akhirnya Jepun mula menyekat kemasukan orang-orang Barat ke Jepun malah mubaligh-mubaligh  Kristian yang ketika itu berada di Jepun telah diusir keluar dan rakyat tempatan juga turut dilarang melawat ke luar negara terutama negara-negara barat

-Pada tahun 1825 Shogun telah mengeluarkan satu perintah bahawa jika kapal-kapal asing menghampiri mana-mana bahagian Jepun pada bila-bila masa maka penduduk Jepun akan mengusir mereka keluar. Sekiranya mereka mendarat mereka akan ditawan, dibunu dan kapal mereka akan dimusnahkan

-Dasar ini mendapat  perhatian  barat:  pada tahun 1884 Raja Belanda telah menasihati  Shogun agar menghentikan dasar tersebut tetapi gagal. Stamford Raffles juga berusaha mengadakan hubungan tetapi gagal

-Amerika Syarikat turut memberi perhatian kepada Jepun kerana aktiviti maritim yang sering dijalankan oleh mereka terutama di Lautan Pasifik sering menghadapi masalah iaitu anak-anak kapal yang menjalankan aktiviti peangkapan ikan paus dan anjing laut sering menghala ke Jepun terutama apabila berlaku cuaca buruk atau semasa kapal karam dan mendapat layanan buruk apabila mendarat di Jepun. Kapal-kapal  Amerika  juga  menggunakan  pelabuhan  Jepun  sebagai  persinggahan terutama  untuk membaiki kerosakan ataupun memerlukan bekalan makanan.

-Apabila Amerika mengumumkan dan menghantar misi ke Jepun dalam tahun 1853, Britain menyokong penuh dan berharap ia berjaya merintis jalan ke arah pembabitan mereka di Jepun

- Dasar isolasi Jepun hanya berakhir dengan kehadiran Komodor Mathew C. Perry pada 1 Julai 1853. Utusan  ini  menekankan  aspek  persahabatan  dan  perdamaian tetapi  menegaskan  bahawa  Amerika Syarikat   akan   menggunakan   kekerasan  sekiranya   Jepun   masih   menganggap   Amerika   sebagai musuhnya

-Walaupun maharaja, pembesar istana dan daimyo menentang permintaan Amerika tetapi mereka sedar jika ianya tidak dipenuhi  Jepun  akan  senasib  dengan China. Akhirnya  Perjanjian  Kanagawa  ditanda tangani pada 31 Mac 1854 antara Jepun dan Amerika Syarikat dan sekaligus menamatkan dasar isolasi Jepun

DASAR TUTUP PINTU DI CHINA (10m)

-Pada  peringkat  awal  China  menjalankan  hubungan  dengan  kuasa  –kuasa barat,  namun  hubungan tersebut tidak kekal lama. Hubungan yang terjalin dengan kuasa-kuasa barat sejak abad ke 16 mulai dingin pada abad ke 19. Negara China di bawah pemerintahan Dinasti Manchu mula menjalankan dasar isolasi

-Beberapa peratran perdagangan yang ketat telah dikenakan ke atas pedagang-pedagang  barat.Dasar ini dilakukan oleh China kerana :

a)   Bimbang  kuasa  barat  akan  mengunakan  peluang  dari  hubungan  ini  untuk campurtangan dalam hal ehwal politik tempatan

b)   Perluasan  agama Kristian  dan budaya  barat  dikuatiri akan mencemarkan agama dan adat istiadat tempatan di samping merosakkan akhlak masyarakat Cina

c)   Negara China dianggap sebagai Middle Kingdom atau Pusat Tamadun Dunia oleh itu semua negara kecil perlu tunduk di bawah kuasanya. Konsep persamaan taraf yang diamalkan oleh orang-orang barat akan menjatuhkan imej Cina

d)   Orang-orang  Cina memiliki peradaban yang lebih tinggi berbanding orang-orang barat yang dianggap barbarian atau tidak bertamadun

e)   Masyarakat dan kerajaan China menganggap perdagangan merupakan satu pekerjaan yang hina. Oleh itu perdagangan tidak digalakkan dengan kuasa barat. Keadaan ini ditambah lagi dengan China yang mengamalkan ekonomi sara diri. Oleh itu China tidak memerlukan

barangan dari barat kerana mereka mempunyai kawasan yang luas dan kaya dengan pelbagai sumber

-Bermula  pada  abad  ke  19  kuasa-kuasa  barat  mula  memperlihatkan  keinginan yang  kuat  untuk menjalankan perdagangan di China iaitu untuk menjadikan China pasaran barangan keluaran mereka atau mendapatkan barang-barang dagangan seperti teh dan sutera

-Perdagangan di China sangat terikat dengan perdagangan Canton dan sistem perdagangan ini bukan sahaja menggambarkan  dasar ekonomi tertutup tetapi juga anggapan China bahawa mereka adalah negara Middle Kingdom yang tidak memerlukan perdagangan dan barangan luar

-Sistem di Canton memperlihatkan sifat monopoli. Kerajaan telah memebrikan kuasa perdagangan hanya kepada 13 buah firma komersil yang dikenali sebagai Hong yang bertindak sebagai agen jualan. Antara firma yang penting ialah Tungfoo dan Kwonglei

-Firma yang mengendalikan pedagang-pedagang dari Eropah dan Amerika Ayarikat dikenali sebagai Wai Yang. Bagi Asia Tenggara pula dikenali sebagai Peng Kang Hang. Untuk mengukuhkan firma ini maka pertubuhan pedagang yang dikenali sebagai Cohong telah ditubuhkan dan menjalankan aktiviti mereka berdasarkan 13 perkara tentang harga barangan dan perkara-perkara yang bersangkutan dengan perdagangan

-Sehubungan itu pelbagai sekatan telah dikenakan oleh pihak China. Maharaja Chien Lung telah mengeluarkan Lapan Peraturan yang menghadkan perdagangan orang-orang barat di China antaranya:

a)   Orang-orang barat hanya dibenarkan berdagang di Pelabuhan Canton sahaja

b)   Orang-orang   barat   dikehendaki   berdagang   melalui      Cohong   yang  merupakan   wakil perdagangan yang dilantik untuk mengendalikan perdagangan dengan orang-orang asing

c)  Cohong bertanggungjawab memonopoli perdagangan, mengenakan tarif barangan, serta menguruskan pengedaran barang dagangan

d)   Saudagar-saudagar barat dikehendaki pulang ke Macao setelah tamat musim perniagaan e)   saudagar-saudagar dilarang mengahwini wanita tempatan
f)    Saudagar-saudagar barat tidak membawa masuk isteri dan senjata api ke China

g)   Orang-orang juga tidak dibenarkan mempelajari Bahasa Cina

h)   Orang-orang   asing   tidak   dibenarkan   menggunakan   sungai   dengan   bebas  dan   hanya dibenarkan melawat  Taman Bunga sahaja

-Peraturan-peraturan  ini  menyukarkan  pedagang-pedagang  barat  untuk berdagang  dan menyebabkan hubungan kedua-duanya tegang dan perang telah meletus.

KESIMPULAN ( 2 M )

-China terpaksa  membuka  pintu melalui  peperangan  Candu  1 dan 2, manakala Jepun  menerusi Perjanjian Kanagawa. Selepas dasar buka pintu China terus dicerobohi oleh kuasa-kuasa asing dan terpaksa menyerahkan konsesi-konsesinya sementara Jepun telah muncul sebagai sebuah negara moden melalui  Pemodenan Meiji

No comments: