Saturday, July 14, 2012

Kepentingan Perjanjian Nanking 1842 dan Perjanjian Kanagawa 1854

 


PENDAHULUAN
-Revolusi Perindusrian di Eropah memerlukan sumber bahan mentah dan pasaran untuk memasarkan barangan mereka.
-Jadi kuasa-kuasa Eropah menjalankan dasar imperialisme.
-Perjanjian Nanking 1842 ditandatangani antara China dan British.
-Perjanjian Kanagawa 1854 telah ditandatangani antara Jepun dan Amerika Syarikat.
-Titik permulaan perjanjian antara pemerintah tempatan dengan Barat.

ISI:
a.Perjanjian Nanking 1842

Sebab-sebab:
· Negara China mengamalkan dasar tutup pintu.
· Negara China menganggap orang-orang Barat sebagai barbarians dan bertaraf rendah.
· China enggan mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Barat atas dasar persamaan taraf.
· Perdagangan asing dibenarkan secara terhad di Canton sahaja.
· Sistem perundangan yang bertentangan.
· Britain telah menggunakan kekerasan untuk menghapuskan dasar tutup pintu negara China dalam Perang  

  Candu 1 yang berakhir dengan Perjanjian Nanking




Syarat-syarat:

· China bersetuju menyerahkan Hong Kong kepada British.
· Sistem monopoli co-hong dihapuskan..
· China membuka 5 buah pelabuhan, iaitu Amoy, Canton, Foochow, Ningpo dan Shanghai.
· Pegawai-pegawai Konsular British akan ditempatkan di pelabuhan-pelabuhan.
· China berjanji untuk mengenakan cukai-cukai yang sederhana dan sama ke atas eksport dan import.
· China bersetuju membayar gantirugi sebanyak 21 juta tael

Kesan:
· Menamatkan perang British-China pertama
· Permulaan campur tangan Barat di China
· China terpaksa tunduk kepada Barat dan menerima hakikat perdagangan bebas
· China terpaksa menandatangani perjanjian-perjanjian dengan kuasa barat yang lain
· China telah dibelah bahagikan oleh kuasa-kuasa barat:
i. Rusia mendapat pajakan di Selatan Semenanjung Linotung selama 25 tahun pada tahun 1898. 
ii. Jerman diberi pajakan 99 tahun di Teluk Kinochow
iii. Perancis mendapat mendapat pajakan 99 tahun di Teluk Kwangchow

b. Perjanjian Kanagawa 1854

Sebab-sebab:
Jepun mengamalkan dasar tutup pintu.
Hanya orang belanda dan China boleh berdagang di pelabuhan Nagasaki.
Menjelang abad ke 19 Amerika Syarikat sangat berminat untuk membuka Jepun kerana:
i. Potensi perdagangan antara Amerika Syarikat dan Jepun.
ii. Perusahaan menangkap ikan paus Amerika di Lautan Pasifik berkembang pesat.
iii. Perdagangan Amerika dengan China di Canton semakin meningkat.
iv. Kerajaan Jepun terpaksa menandatangani perjanjian Kanagawa dengan Amerika Syarikat.

Syarat-syarat:

· 2 buah pelabuhan Jepun Shimoda dan Hokadate telah dibuka kepada kapal-kapal Amerika Syarikat bagi mendapatkan bekalan dan berdagang
· Anak kapal Amerika Syarikat yang terkandas di Jepun diberi layanan yang baik
· Amerika diberi kebenaran melantik seorang konsul di Shimoda
· Amerika diberi layanan ‘most favoured nation’

Kesan:

Kuasa Barat yang lain seperti Belanda, Rusia, Britain dan Perancis menandatangani perjanjian –perjanjian perdagangan dengan Jepun
Jepun dibuka kepada kuasa-kuasa Barat
Hubungan diplomatic atas dasar persamaan taraf dan hubungan perdagangan telah ditetapkan



KESIMPULAN
· Dasar tutup pintu yang diamalkan oleh China telah memberi padah kepada kerajaan China sendiri sehingga dicerobohi oleh British
· Selain perjanjian Nanking, China terpaksa membuat perjanjian dengan kuasa Barat yang lain seperti Perjanjian Bogue, Perjanjian Whampoa (Amerika Syarikat) dan PerjanjianWang Hsia (Perancis) yang lebih merugikan China
· Kesedaran pemerintah Jepun tentang perkembangan politik di Asia serta kebijaksanaan pemerintahnya telah membolehkan Jepun mengekalkan kemerdekaannya



***revision sebelum trial STPM

No comments: