Friday, July 20, 2012

KESAN-KESAN PENDUDUKAN JEPUN TERHADAP PERKEMBANGAN NASIONALISME MASYARAI{AT TEMPATAN DI ASIA TENGGARA PADA ABAD KE 20



PENGENALAN

Pendudukan Jepun di Asia Tenggara selama 3 1/2 tahun telah berjalan dengan pelbagai dasar yang memeritkan penduduk tempatan. Ternyata pengalaman diperintah oleh pentadbiran Jepun telah berjaya menanam dan membangkitkan semangat nasionalisme dikalangan penduduk di Asia Tenggara. Antara
faktor yang menyumbang kearah kebangkitan nasionalisme ini ialah pengalaman mentadbir Negara sendiri, dasar sederhana Jepun, jatuhnya imej Barat, pembebasan tahanan politik dan pelbagai faktor lain yang turut membantu kebangkitan semangat nasionalisme penduduk tempatan.

ISI

PENGALAMAN PENTADBIRAN
Semasa pendudukan Jepun, penduduk tempatan telah diambil dan diberi peluang untuk mengisi kekosongan jawatan bagi mentadbir sama ada dalam bidang pentadbiran mahu pun teknikal. Keadaan ini secara langsung telah menambah keyakinan dikatangan penduduk tempatan untuk memerintah Negara mereka sendiri pada suatu hari nanti. Contohnya di Indonesia dan Burma ramai golongan pelajar telah diberi peluang untuk bersama-sama dengan pemerintah tentera Jepun menguruskan pentadbiran Negara mereka sendiri.


PERTUBUHAN BERSIFAT POLITIK DI BENARKAN
Semasa pendudukan Jepun, gerakan bersifat politik telah dibenarkan. Keadaan ini telah memberi peluang kepada golongan nasionalis tempatan berpura-pura bekerjasama dengan Jepun dengan memperalatkan Pertubuhan-pertubuhan tersebut.
Di Indonesia, beberapa pertubuhan seperti PUTERA, PETA dan JAWA HOKOKAI telah digunakan untuk menyemarakkan kegiatan nasionalis dengan membangkitkan perasaan anti Jepun dan anti­imperialis. Ternyata mereka berjaya apabila mendapati PETA telah menjadi sumber kekuatan tentera Indonesia semasa berperang dengan Belanda selepas kekalahan Jepun.

PEMBEBASAN TAHANAN
Tindakan pentadbiran Jepun yang membebaskan tahanan politik semasa penguasan barat telah memberi harapan baru kepada tokoh-tokoh tempatan yang dipenjarakan. Malah, mereka telah diberi kebenaran untuk berpolitik. Keadaan ini telah memberi peluang kepada mereka untuk bangkit semula. Contohnya di Vietnam beberapa orang tokoh tempatan yang dipenjarakan telah dibebaskan seperti Caio Dai dan Hua Hau. Manakala di Burma, Aung San dan rakan-rakannya telah dibebaskan. Begitu juga di Indonesia, beberapa orang tokoh yang dipenjarakan semasa pentadbiran Belanda telah dibebaskan. Mereka terdiri daripada Sukarno, Hatta dan Sutan Syahrir. Pembebasan mereka bermakna perjuangan bagi menuntut kemerdekaan telah bernafas semula.


JATUHNYA IMEJ BARAT

Kebangkitan dan kejayaan tentera Jepun menguasai Asia Tenggara dalam jangka waktu yang singkat telah secara langsung menjatuhkan imej Belanda dikalangan rakyat Indonesia, British di Burma, Perancis di Indo China dan Sepanyol di Filipina.

Pada tanggapan penduduk tempatan orang-orang timer sebenamya jauh lebih hebat dan kuat berbanding bangsa Eropah yang telah sekian lama menjajah mereka. Justeru itulah perjuangan menuntut kemerdekaan semakin bersemangat selepas tentera Jepun berundur dari Asia Tenggara pada tahun 1945.

KESENGSARAAN HIDUP SEMASA PENDUDUKAN JEPUN

Sepanjang 31/2 tahun pendudukan Jepun di Asia Tenggara keseluruhan kawasan mengalami kemelesetan ekonomi. Peningkatan harga barang yang berterusan dengan kadar inflasi yang terlalu tinggi telah menyukarkan lagi kehidupan rakyat. Contohnya di Thailand, Burma dan Vietnam kekurangan barang makanan pada tahun 1943 telah mengakibatkan harga barangan meningkat sehingga 39 kali ganda. Keadaan ini tentunya memeritkan golongan bawahan yang bekega sebagai petani.

Seluruh rakyat dan negara terus terbeban apabila Jepun meningkatkan lagi eksploitasi sumber kekayaan negara dengan mengaut Seluruh sumber ke negara mereka. Misalnya di Indonesia dan Burma semua hasil pertanian dan perlombongan telah diangkut ke negara Jepun.

Segala penderitaan dan kesengsaraan rakyat sepanjang pendudukan Jepun telah menyedarkan rakyat bahawa mereka tidak lagi mahu dijajah selepas pengunduran Jepun dari negara mereka.
PROPAGANDA JEPUN
Bagi menjamin dan mengekalkan penguasaan Jepun ke atas Asia Tenggara, mereka menyebarkan pelbagai propaganda contohnya di Indonesia rakyat telah diperkenalkan slogan `Jepang Indonesia Sama-sama atau Jepang Saudara Tua'.Manakala di Filipina rakyat telah di tanam dengan slogan `Asia Untuk Asia', 'Filipina Untuk Orang Filipina' dan `Asia Adalah Satu'.
Melalui slogan-slogan ini walau pun is merupakan propaganda tapi telah menyedarkan rakyat tempatan bahawa mereka tidak patut dijajah lagi setelah pengunduran Jepun dari tanah air nanti.
JANJI JEPUN UNTUK MEMBERI KEMERDEKAAN
Jepun sedar bahawa mereka tidak akan kekal lama di Bumi Asia Tenggara justeru bagi memikat hati penduduk tempatan Jepun telah berjanji akan memberi kemerdekaan suatu hari nanti. Di Indonesia misalnya Perdana Menteri Jepun telah berjanji akan memberi kemerdekaan. Bagi tujuan itu satu Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan Indonesia yang dipengerusikan oleh Sukarno telah ditubuhkan. Janji Jepun, kemerdekaan akan diberi kepada rakyat Indonesia selewat-lewahrya pada 7 Sept 1945.

Manakala di Burma beberapa pemimpin seperti Dr. Ba Mao, Thakin Mya, dan Thakin Aung San telah di jemput keTolryo bagi membincangkan mengenai kemerdekaan Burma. Begitu juga di Filipina, sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Preparatory Commission For Philippina Indepandence telah ditubuhkan bagi mengkaii perlembagaan sehinggalah Filipina diberi kemerdekaan pada 14 Okt 1943 oleh Jepun. Daripada peristiwa-peristiwa inilah kebanyakkan pemimpin tempatan beranggapan bahawa mereka telah berada diambang kemerdekaan dan tidak wajar lagi dijajah selepas pengunduran Jepun dari tanah air mereka.

KESIMPULAN

Ternyata pendudukan Jepun di Asia Tenggara selama 31/2 tahun telah mendatangkan pelbagai implikasi kepada sistem politik, sosial dan ekonomi masyarakat tempatan. Namun, pendudukan Jepun juga sebenamya telah berjaya menanam dan seterusnya membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan penduduk tempatan. Pengunduran Jepun dari Asia Tenggara pada Sept 1945 telah diikuti dengan perjuangan menuntut kemerdekaan oleh masyarakat tempatan sehinggalah mencapai kemerdekaan yang sebenarnya.



**moodrevision

No comments: