Monday, July 16, 2012

Susun lapis masyarakat feudal di China dan Jepun sebelum kedatangan kuasa barat.


Pengenalan

1. Susun lapis masyarakat feudal China, dan Jepun dibahagikan kepada golongan pemerintah dan golongan diperintah. Golongan pemerintah terdiri daripada raja, golongan bangsawan dan pembesar manakala golongan diperintah terdiri daripada rakyat biasa.

A. China
1. Maharaja
a. Lapisan teratas ialah maharaja
b. Maharaja berkuasa mutlak
c. Maharaja mendapat mandat memerintah dari syurga.

2. Bangsawan

a. Menduduki lapisan kedua selepas maharaja.
b. Terdiri daripada pembesar pusat, wilayah dan tempatan.
c. Dilantik dan ditauliahkan kuasa memerintah oleh maharaja.
d. Membantu maharaja dalam pentadbiran negara.
e. Pemilihan pembesar berdasarkan kelulusan Peperiksaan Awam.
f. Kuasa mereka dikawal oleh maharaja.

3. Golongan rakyat biasa.

a. Golongan Sarjana mempunyai kedudukan yang tinggi dan boleh menjadi pegawai kerajaan berdasarkan kelulusan mereka dalam Peperiksaan Awam.
b. Golongan petani dianggap sangat penting kerana mereka membekalkan makanan.
c. Golongan Artisan/tukang mahir, mereka mempunyai kemahiran dalam bidang tertentu seperti pertukangan besi, kraftangan, dan barangan tembikar.
d. Golongan pedagang- dianggap rendah tarafnya kerana perdagangan dianggap satu pekerjaan yang hina.
e. Golongan hamba – lapisan paling bawah dalam susun lapis masyarakat feudal di China.

B. Jepun

1. Maharaja menduduki lapisan paling atas.

a. Semasa pemerintahan Shogun Tokugawa, maharaja tidak mempunyai kuasa kerana Shogun telah merampas kuasa maharaja.
b. Shogun merupakan pemerintah sebenar di Jepun.
c. Shogun memerintah Jepun menerusi sistem pembesar feudal.


2. Pembesar

a. Pembesar feudal iaitu Daimyo, menduduki lapisan selepas Shogun.
b. Terdapat Daimyo Shimpan, Fudai dan Tozama.
c. Daimyo Shimpan terdiri daripada ahli keluarga Tokugawa, ditempatkan di kawasan strategik.
d. Daimyo Tozama ialah daimyo luar, dikawal ketat oleh shogun kerana daimyo ini tidak menyetujui pemerintah shogun.

3. Pahlawan

a. Mereka digelar Samurai atau panglima jepun yang kuat, menduduki lapisan selepas daimyo.
b. Samurai sangat setia kepada daimyo.
c. Samurai dilarang melibatkan diri dalam pekerjaan lain walaupun di masa aman.

4. Petani

a. Petani menduduki lapisan selepas Samurai.
b. Memainkan peranan membekalkan beras kepada rakyat.
c. Mereka dikehendaki membayar 40-50% hasil keluaran beras mereka kepada daimyo sebagai cukai tahunan.

5. Golongan Artisan

a. Meraka mahir dalam bidang pertukangan seperti membuat pedang dan peralatan lain.

6. Golongan Pedagang

a. Menduduki lapisan paling bawah memandangkan Jepun menjalankan dasar tutup pintu.

Kesimpulan

Masyarakat feudal China membenarkan mobiliti sosial, rakyat biasa boleh menduduki jawatan yang tinggi dalam kerajaan jika lulus peperiksaan awam.Berbanding dengan Jepun, yang tidak membenarkan mobiliti sosial. Pembahagian golongan di Jepun dibuat berdasarkan warisan turun-temurun.



**mood revision

No comments: