Saturday, August 4, 2012

HOT ! Isu Pemerdangan Orang



Pemerdagangan Orang ialah suatu jenayah kemanusiaan yang  dipandang serius pada masa ini.  Perbuatan ini membabitkan  eksploitasi pada skala besar, terutamanya terhadap golongan wanita dan kanak-kanak yang merupakan suatu bentuk perhambaan moden.   Huraikan  usaha dan cabaran  untuk menanganinya.


Pendahuluan:
Definisi:   Pemerdagangan orang merupakan satu perbuatan yang dikeji kerana manusia dijadikan sebagai bahan dagangan bagi mengaut keuntungan. Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) melaporkan bahawa jenayah Pemerdagangan Orang mengaut keuntungan sebanyak US$44.3 setahun. Di Malaysia, penularan jenayah seperti ini semakin menjadi-jadi . Empat kawasan dikenal pasti sebagai destinasi utama Pemerdagangan Orang di Sabah, iaitu di Tawau, di Keningau, di Sandakan, dan di Kota Kinabalu. Kerajaan terpaksa memikirkan usaha untuk menanganinya, namun usaha ini menghadapi pelbagai cabaran.


Isi-Isi

Usaha-usaha menangani masalah Pemerdagangan Orang

ISI 1:   Kerajaan memperkukuh sistem dan proses dalam pengumpulan data warga asing ke negara ini sebagai langkah untuk mengurangkan kadar Pemerdagangan Orang di negara ini.

ISI 2:  Pencegahan Pemerdagangan Orang di negara ini memerlukan kerjasama antara Malaysia dengan rakan-rakan sejawat daripada Indonesia dan pihak berkuasa Filipina.

ISI 3:  Malaysia melaksanakan hukuman jenayah yang lebih tegas terhadap mereka yang terbabit dalam mengambil atau mengeksploitasi buruh paksaan.

ISI 4:  Malaysia perlu membangun dan melaksanakan prosedur untuk mengenal pasti mangsa pemerdagangan buruh dalam kalangan kumpulan yang sering terdedah dengan aktiviti ini, seperti pekerja migran dan merujuk mereka kepada perkhidmatan perlindungan yang ada. 

ISI 5:  Malaysia melakukan rundingan semula tentang memorandum persefahaman (MoU) dengan negara-negara sumber dalam menggabungkan perlindungan mangsa dan menarik balik pasport atau merampas dokumen perjalanan .

ISI 6:  Malaysia meluluskan Akta Anti-Pemerdagangan Orang 2007 (ATIP) bagi menangani isu tersebut.  Kewujudan akta ini telah memberikan kuasa kepada pihak kerajaan untuk mendakwa dan mengenakan hukuman dengan peruntukan penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga RM500,000.00.


Cabaran-cabaran untuk menanganinya

ISI 7:  Kerajaan sukar membanteras kegiatan pemerdagangan orang kerana melibatkan jenayah rentas sempadan atau jenayah global.

 ISI 8:  Kebanyakan warga asing yang memasuki ke  negara ini adalah secara sah sama ada sebagai pelancong ataupun sebagai pelajar, tetapi kemudiannya menjadi sasaran sindiket Pemerdagangan Orang hingga menyebabkan anggota penguatkuasaan menghadapi kesukaran untuk mengatasinya.

ISI 9:  Pihak berkuasa tidak mempunyai  satu pelan kukuh untuk menanganinya.

ISI 10:  Kebanyakan mangsa yang terlibat tidak mahu membuat laporan kepada pihak berkuasa. 


Kesimpulan:

Kerajaan Malaysia telah menunjukkan komitmen besar dalam menangani Pemerdagangan Orang . Sebagai sebuah negara yang masih baharu dalam usaha membanteras aktiviti memperdagang dan menyeludup manusia, terdapat pelbagai cabaran yang terpaksa dihadapi oleh kerajaan.  Walau bagaimanapun kerajaan juga telah mewujudkan jaringan kerjasama dari segi perkongsian dan pertukaran maklumat risikan antara agensi penguat kuasa  di peringkat serantau dan antarabangsa.  Tegasnya, kerjasama antara orang awam dengan agensi penguat kuasa, seperti polis, imigresen, kastam, dan Jabatan Maritim juga perlu dipertingkatkan kerana kerjasama ini amat penting untuk menangani jenayah Pemerdagangan Orang.


No comments: