Friday, December 28, 2012

Tazkirah Jumaat : Biar Buta Mata , Pekak Telinga dan Mulut Bisu

klik kat gamba tuk tumbesaran

**sebagai peringatan kpd semua termasuklah diriku yang hina ni~
*yang baik dtg dri ALLAH yg bruk itu dr klmahan diri sndri~

Thursday, December 20, 2012

Sebab Termeterai Perjanjian Hudaibiyah dan Implikasinya Terhadap Perkembangan Islam



 
A. Pengenalan : (3m)
1. Perjanjian damai yang pertama dimeterai antara kaum Quraisy Makkah dengan umat Islam Madinah.
2. Berlaku pada bulan Zulkaedah tahun 6 Hijrah (627 Masihi) – di sebuah kampung bernama Hudaibiyah,
3. Ditandatangani oleh Nabi Muhammad s.a.w bagi pihak umat Islam dan Suhail bin Amru mewakili musyrikin Quraisy.
4. Dalam jangka panjang, perjanjian ini memberi impak positif terhadap perkembangan Islam di seluruh Semenanjung Tanah Arab

(B) Isi-isi : (21 markah)
Sebab-sebab: (3x3m=9m)


1. Keinginan umat Islam untuk menziarahi Makkah dan menunaikan Umrah:
·                     Umat Islam telah berhijrah ke Madinah selama 6 tahun . Mereka rindukan kampung halaman.
·                     Kaabah telah dijadikan kiblat baru bagi umat Islam, menggantikan kiblat yang lama – Masjidil al-Aqsa (di Baitul Maqdis).
·                     Nabi Muhammad s.a.w telah bermimpi melakukan tawaf di Kaabah. Ini menambahkan tekad umat Islam untuk mengerjakannya.

2. Halangan dan ancaman daripada Musyrikin Quraisy:
·                     Rombongan umat Islam (1500 orang) cuba dihalang memasuki kota Makkah oleh 200 tentera berkuda pimpinan Khalid bin al-Walid.
·                     Umat Islam melencong ke jalan lain untuk elakkan pertumpahan darah. Berhenti di Hudaibiyah .

3. Tindakan menghalau umat Islam secara diplomasi:
·                     Musyrikin Quraisy berkeras menghalang kedatangan umat Islam. Mereka bimbang maruah dan kewibawaan sebagai penguasa di kota Makkah tercabar.
·                     Menghantar utusan-utusan sebanyak 4 kali untuk menghalau umat Islam secara diplomasi.
·                     Nabi Muhammad s.a.w telah menghantar Sayidina Uthman bin Affan ke Makkah menemui pemimpin-pemimpin Quraisy untuk menjelaskan sebab kedatangan kaum Muslimin.

4. Bai ‘ah al-Ridwan:
·                     Tercetus khabar angin mengatakan Sayidina Uthman telah ditangkap dan dibunuh.
·                     Umat Islam mengadakan ikatan sumpah setia . Dikenali sebagai “Bai’ ah al-Ridwan’ untuk menebus maruah umat Islam yang datang secara aman dan tujuan yang suci.
·                     Peristiwa ini menggemparkan Quraisy - Uthman dibebaskan.
·                     Mereka menghantar Suhail bin Amru untuk mengadakan rundingan dengan Nabi Muhammad s.a.w.


Implikasi terhadap perkembangan Islam :(4x3m=12m)
1. Negara Islam Madinah diiktiraf:
·                     Persetujuan musyrikin Quraisy mengikat perjanjian damai bermakna mereka mengiktiraf kedudukan Nabi Muhammad s.a.w sebagai pemimpin Negara Islam Madinah.
·                     Ia juga bererti mereka terpaksa mengiktiraf kewujudan Negara Islam Madinah kerana perundingan politik hanya akan berlaku antara dua negara yang setaraf.

2. Umat Islam bebas berdakwah:
·                     Gencatan senjata selama 10 tahun memberi peluang kepada umat Islam menyebarkan Islam dengan bebas dan meluas tanpa takut ancaman Quraisy dan sekutu-sekutu mereka.
·                     Utusan dakwah dihantar ke Ghassan, Habsyah, Bahrain, Mesir, Parsi dan Oman.

3. Pengislaman pahlawan-pahlawan Quraisy:
·                     Perjanjian ini memberi kesempatan kepada umat Islam dan Quraisy berhubungan dengan lebih bebas.
·                     Ramai tokoh ternama Quraisy mendapat hidayah dan memeluk Islam – contohnya Khalid al-Walid, Amru al-As dan Uthman bin Talhah.
·                     Memantapkan lagi kekuatan tentera Islam dalam misi jihad dan dakwah ke seluruh Jazirah Arab.

4. Pertambahan bilangan umat Islam:

·                     Kebebasan kepada kabilah Arab untuk menyebelahi mana-mana pihak menyebabkan banyak kabilah menyatakan sokongan secara terang-terangan kepada umat Islam.
·                     Sebelum ini mereka takutkan ancaman Quraisy. Contohnya – Bani Khuzaah dan suku Daus dari Yaman.
·                     Sebelum hijrah ke Yathrib, umat Islam dianggarkan sekitar 1500 orang sahaja. Jumlah ini meningkat kepada 10 000 orang ketika berlakunya pembukaan kota Makkah.

5. Kebebasan menunaikan ibadah haji:
·                     Pada tahun-tahun berikutnya, umat Islam mendapat jaminan keselamatan dan kebebasan menunaikan ibadat di Makkah.
·                     Ramai penduduk Makkah yang tertarik hati melihat cara mereka beribadat dengan penuh disiplin dan mempamerkan akhlak mulia.
·                     Kesannya semakin ramai penduduk Makkah menganut Islam .

6. Penyebaran Islam di kota Makkah:
·                     Mengikut syarat perjanjian, orang Quraisy yang lari ke Madinah tanpa kebenaran walinya mesti dipulangkan semula ke Makkah.
·                     Tetapi, kekuatan akidah Islam yang tertanam dalam jiwa mereka dapat memberi kekuatan untuk mereka bertahan dan menyebarkan Islam secara sulit di Makkah.
·                     Ini memberi kelebihan kepada umat Islam untuk meneruskan dakwah di sana.

7. Merintis penaklukan kota Makkah:

·                     Kota Makkah berjaya dikuasai oleh umat Islam pada tahun 630 Masihi.
·                     Berlaku kerana sekutu Quraisy (Bani Bakar) telah memerangi sekutu Islam (Bani Khuzaah). Bermakna gencatan senjata 10 tahun telah dicabul.
·                     Nabi Muhammad memimpin 10 000 umat Islam memasuki kota Makkah dan berjaya menguasainya.
·                     Makkah dibersihkan daripada unsur-unsur jahiliah dan menjadi kota suci umat Islam sedunia.

Kesimpulan: (1m)
·                     Perjanjian ini meninggalkan impak besar kepada perkembangan dan pengukuhan agama Islam di seluruh Semenanjung Arab.
·                     Menggambarkan kebijaksanaan siasah Nabi Muhammad s.a.w dalam misi dakwah baginda.
·                     Kejayaan terbesar dilihat apabila pencabulan gencatan senjata menjadi perintis kepada pembukaan semula kota Makkah pada tahun ke-8 Hijrah.


Thursday, December 13, 2012

HOT !!! Penjualan No Pin UPU Boleh Diperolehi Mulai....





SILA PERHATIAN GAMBAR DIBAWAH DENGAN TELITI 
***KLIK DEKAT GAMBAR UNTUK TUMBESARAN

***KLIK DEKAT GAMBAR UNTUK TUMBESARAN


***KLIK DEKAT GAMBAR UNTUK TUMBESARAN



***KLIK DEKAT GAMBAR UNTUK TUMBESARAN

***KLIK DEKAT GAMBAR UNTUK TUMBESARAN