Thursday, December 25, 2014

SEGMEN BLOGWALKING SAMPAI LEBAM



ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera semua.

Bulan ini saya nak buat segmen. Sebab ape tetibe buat segmen? Maybe sebab saya nak kekangan masa tuk blogwalking menyebabkan terlepas tuk baca entry korang awesome tu. Ok lah, simple je syarat - syaratnya :

*TAK PERLU BUAT ENTRY KE APA, JUST PUT YOUR LINK BLOG DEKAT KOTAK KOMEN.

Simple kan? Link blog akan diupdate setiap minggu. In Sya Allah.

Blogger sekalian PERLU BLOGWALKING ke blog lain ok? Nanti bila free saya terjah blog korang. Muahhh!!

Saturday, October 4, 2014

Pelik Tapi Benar

sumber google

Cerita yang mungkin biasa bagi sesetengah orang tetapi asing bagiku. Kisah housemate yang sangat menyayangi binatang terutamanya kucing. Selalunya aku hanya terbaca di media sosial sahaja.

Suatu petang, ketika sedang mencari barangan dapur, "Si dia" mencapai makanan kucing yang berharga RM 3X.XX dan membayar membayar dengan duit barangan dapur. Mungkin bagi sesetengah orang duit sedemikian hanyalah cepisan tahi gigi tapi bagi kami yang bergelar student ni yang menggunakan pinjaman pelajaran, jumlah itu agak besar kerana rumah sewa, air, eletrik, barangan dapur dan lain - lain lagi. Diorang siap sediakan tempat makanan dan minuman khas tuk kucing tu.

Suatu petang aku berjalan ke rumah kawan yang berhampiran dan salah seekor kucing mengekori aku. Keesokan harinya, di dewan kuliah, aku ternampak kucing yang mengekori aku tu ada dekat dewan kuliah. Kawan aku cakap kucing tu mengekori diorang sampai ke dewan.

Lastly, habis je kuliah dan kitaorang nak balik rumah, kawan aku sorang ni nak bawak balik jugak kucing tu. Bayangkan dia bersusah payah mencari kotak tuk letak kucing tu. Dan pulanglah kucing tu kembali ke rumah kitaorang. Sebenarnya kucing tu bukan kucing kitaorang pon. Kucing yang main datang dan berak sesuka hati je. hehe


MOral of story : Baru aku tau cam mana kasih sayang terhadap binatang/haiwan. Aku pon tak suka kucing sangat. Takut!! Jangan sesekali mendera haiwan. Seorang pelacur pon boleh masuk syurga sebab bagi anjing minum. Search google k tuk full story!  

Thursday, October 2, 2014

Asal-Usul Aidiladha

Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.
Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”
Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”
Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”
Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.
Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.
Peristiwa ini ada diterangkan dalan surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111

sumber google

Pengenalan

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: ??? ?????? 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.


Hari Raya Aidiladha Dalam Hadis

Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)

Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."


Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a: 
Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.



Tuesday, September 30, 2014

Wanita Ibarat Air Mutlak


Hari ni, salah sorang kawan talaqqiku kantoi dengan syeikh yang dia ada berhubung dengan seorang wanita bukan mahram di phone..(couple) Kemudian syeikh bagi nasihat yang sangat lembut tapi
betul-betul menyentuh hati kami semua...


sumber google


Syeikh: Kamu suka dia?

Fulan: Ya syeikh.... 

Syeikh: Kamu suka tu suka-suka atau kamu rasa dia memang yang terbaik untuk menjadi teman hidupmu, menjadi ibu untuk anakmu, menjadi pembantu agamamu? 

Fulan: Ya syeikh... Pada pandangan saya, dia yang terbaik untuk jadi teman hidup saya dan agama saya... 

Syeikh: Bila kamu akan menikahinya? 


Fulan: Lepas belajar syeikh... dalam 3 tahun lagi... 


Syeikh: Jadi kenapa kamu rosakkan dia? kamu bukan nak menikah sekarang? kamu rosakkan dia sekarang dan 3 tahun akan datang? kenapa kamu jadikan air mutlak menjadi air musta'mal tanpa sebab? bukankah dia wanita suci yang bakal menjadi ibu untuk anakmu? kenapa kamu bercouple dengannya sedangkan jika kamu sukakan dia, dia sukakan kamu, bersabarlah hingga sampai waktu kalian benar-benar ingin menikah kemudian baru kamu jumpa ayahnya dan pinang dia secara suci? Bukankah cara itu lebih suci? Wanita umpama air mutlak, mereka suci, tetapi apabila mereka mula berhubung dengan lelaki tanpa sebab, apatah lagi ber couple, wanita itu umpama air musta'mal..ia tidak boleh digunakan untuk bersuci tetapi hanya digunakan untuk perkara selain bersuci seperti basuh pinggan, basuh najis, basuh benda yang jijik dan sebagainya... apa kamu sanggup ibu untuk anakmu setaraf itu? Sesungguhnya wanita ini akalnya pendek, nafsu mereka didepankan atas segalanya, kalau lelaki datang ucapkan kata- kata palsu, mereka akan mempercayainya melebihi mereka percayakan al-quran... sedangkan lelaki memang perangai mereka hanya main-main kecuali mereka benar-benar bersedia untuk nikah, tapi sekiranya mereka belum sedia, contohnya mereka masih belajar dan sebagainya, jelas permainan mereka dengan wanita itu hanya tipu daya, tapi tipu daya semudah itu pun dapat menipu para wanita hingga membawa mereka ke ranjang perzinaan.. itu tandanya akal mereka sangat pendek... nabi utuskan para lelaki sebagai penjaga para wanita bukan perosak mereka....


Bagi kamu, couple, chatting, cakap dalam phone semua itu dosa kecil sedangkan ia jelas haram kerana allah haramkan kita untuk dekati zina.... dekati zina pun tak boleh, makna kata kalau kita masih jauh 50km dari zina, tapi 1cm kita gerakkan kaki ke arah zina itu telah haram kerana perintah ini.... jadi janganlah pandang remeh perkara zina ini... sesungguhnya ramai yang mati tanpa berzina tetapi di mahsyar kelak buku amalan mereka penuh dengan dosa zina..... apa berbaloi kau bahagia sementara dengan teman wanita yang kau tak ingin nikahi diganti dengan azab neraka yang panasnya 70x ganda api dunia?



Note : Kepada lelaki di luar sana yang gemar permainkan wanita... ketahuilah bahawa kalian adalah MUSUH ALLAH DAN MUSUH RASULULLAH! kalian permainkan para wanita yang akalnya pendek, tidak dapat bezakan baik dan buruk...memang para wanita walaupun akal pendek, tapi mereka dikurniakan sifat malu yang tinggi.... fb, phone, twitter, internet ni semua dicipta dajjal untuk menghakis sifat malu para muslimah sehingga mereka jadi umpama kucing betina yang menggoda2 kucing jantan untuk mengawan... Wanita yang berpurdah yang kononnya wanita paling pemalu (tak mau orang lihat wajah mereka) pun pamerkan gambar mereka walaupun berpurdah di fb untuk tatapan jutaan lelaki bukan mahram, mereka tanpa segan silu bergurau senda, dan sebagainya... sekarang akal mereka tidak dapat jaga diri mereka, bahkan sifat malu juga tidak dapat jaga diri mereka.. jadi siapa yang bertanggungjawab menjaga maruah para bidadari rasulullah kalau bukan LELAKI??? Lelaki yang couple2 dan yang bersayang2 dengan bukan mahram atas nama "tunang" tu.. tolonglah.... korang ada akal kuat.. korang tak bodoh.... korang nak memusuhi Allah dan rasul,itu hak korang... tapi korang kena sedar, nanti korang pun akan ada anak perempuan, korang suke ke jantan tah mana-mana berhubung, bermanja, bersayang secara haram dengan anak perempuan korang? kalau korang redha... nampak sangat korang dayus dan lelaki dayus nabi khabarkan mereka DIHARAMKAN SYURGA KEPADANYA WALAUPUN BAUNYA..... 


sumber google



InsyaAllah jangan sampai nafsu mengawal akal biar akal mengawal nafsu !




*I've read this, and maybe you should read too


Saturday, September 27, 2014

Paris Souvenirs Giveaway by JINDRISSKA!!

 klik tuk join



Giveaway dari Siti Aisya Ibrahim yang pernah buat Giveaway Harry Potter Postcards from Germany. Kali ini nak join jugak walaupun yang dulu tak de rezeki nak dapat.hehe :)



ANTARA HADIAH YANG DITAWARKAN

3 x maps Paris 2014



3 x poskad Eiffel Tower



 20 x keychain Eiffel Tower

Follow dan buat satu entry pasal giveaway ni tuk join :)

GIVEAWAY BERAKHIR 28 OKTOBER 2014
(jam 11:59 tengah malam, waktu Malaysia)


tag :

Friday, September 19, 2014

Dugaan yang kita lupa

☆ Sekilas pandang ☆ 





Allah tidak memberikan kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. Firman ALLAH

  (2 : 286)  لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا 

gambar sumber google


 * إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا *


( 94 : 6 )

Sesungguhnya tiap - tiap kesusahan disertai kemudahan


Saja post untuk mententeramkan hati ini 



Friday, September 12, 2014

Doa Sakit Kepala



Baca 3 kali, tiupkan di tapak tangan dan sapu kepala. Jangan lupa baca BISMILLAH
لا يُصَدَّعونَ عَنها وَلا يُنزِفونَ




Surah al - Waqiah ayat 19

English : No headache will they have thereform, nor will they be intoxicated.

Malay  : Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.



Friday, September 5, 2014

Cara Nak Buang 'WORD VERIFICATION' di blog

Apa itu word verification?  word verification ni atau pengesahan kata. "Bende" ni selalu keluar time nak komen. Kadang - kadang kita dah rasa betul dah tapi tak betul juga. Last2 tak jadi komen.hehe

gambar sumber ziemahmud dot blogspot dot com



First tengok ni:









Done!! Kalau tak faham boleh tanya. Kebiasaannya ramai dah buat. Tapi kalau sesekali itu terkena tension gak.haha



Tahniah Pemenang Mrs Mustache Bloglist

Seperti yang dijanjikan...











SENARAI PESERTA




  1. http://nurainahanis.blogspot.com/2014/08/segmen-bloglist-mrs-mustache.html
  2. http://syazdanny2329.blogspot.com/2014/08/segmen-mrs-mustache-bloglist.html
  3. http://ckecilberbicara.blogspot.com/2014/08/segmen-mrs-mustache-bloglist.html
  4. http://karyamahirah.blogspot.com/2014/08/segmen-mrs-mustache-bloglist.html
  5. http://fuzamusa.blogspot.com/2014/08/segmen-mrs-mustache-bloglist.html
  6. http://cikna136.blogspot.com/2014/08/segmen-mrs-mustache-bloglist.html
  7. http://jom-santai-aje.blogspot.com/2014/08/segmen-mrs-mustache-bloglist.html
  8. http://kecekkira.blogspot.com/2014/08/segmen-mrs-mustache-bloglist.html
  9. http://www.aimisyahirah.com/2014/08/segmen-mrs-mustache-bloglist.html
  10. http://coratcoretsibudaktembam.blogspot.com/2014/08/segmen-mrs-mustache-bloglist.html
  11. http://sallysamsaiman.blogspot.com/2014/08/segmen-mrs-mustache-bloglist.html
  12. http://www.mialiana.com/2014/08/segmen-mrs-mustache-bloglist.html
  13. http://insan-kecil.blogspot.com/2014/08/segmen-mrs-mustache-bloglist.html
  14. http://myimpiannaad.blogspot.com/2014/08/segmen-mrs-mustache-bloglist.html
  15. http://hijaukoko.blogspot.com/2014/08/segmen-mrs-mustache-bloglist.html
  16. http://ainimrashihah.blogspot.com/2014/08/segmen-mrs-mustache-bloglist.html
  17. http://acikwatie.blogspot.com/2014/08/segmen-mrsmustache-bloglist.html
  18. http://najihah-syuhada.blogspot.com/2014/08/segmen-mrs-mustache-bloglist.html
  19. http://ummiammararif.blogspot.com/2014/08/segmen-mrs-mustache-bloglist.html
  20. http://myfirdz-trulylove.blogspot.com/2014/08/segmen-mrs-mustache-bloglist.html
  21. http://cahayaalammaya.blogspot.com/2014/08/segmen-mrs-mustache-bloglist.html
  22. http://mamapapaamir.blogspot.com/2014/08/segmen-mrs-mustache-bloglist.html
  23. http://aunidenovella.blogspot.com/2014/08/segmen-mrs-mustache-bloglist.html
  24. http://eurukaseven.blogspot.com/2014/08/segmen-mrsmustache-bloglist.html
  25. http://sallyyatiey.blogspot.com/2014/08/segmen-mrs-mustache-bloglist.html
  26. http://sitizawiah95.blogspot.com/2014/08/segmen-mrs-mustache-bloglist.html
  27. http://izzeyda.blogspot.com/2014/08/segmen-mrs-mustache-bloglist.html

Thursday, September 4, 2014

Koleksi Soalan Muet Writing 2010 - 2015

suka aku nak letak gambar apa.hehe gambar sumber google

**LATEST UPDATE : 14 FEB 2016**
MARCH 2016
**COMING SOON
NOV 2015
There is a strong link between reading and academic success. Discuss. 

JULY 2015

MARCH 2015
Many tragedies can be avoided if people take preventive actions. Discuss. You should write at least 350 words.

NOV 2014
Playing computer games is beneficial for everyone. Discuss.

JULY 2014
"The imbalance between the number of boys and girls pursuing university education creates social problems." To what extent is this statement true? Discuss.

MARCH 2014
The trend today among youth is to own the latest technological gadgets such as mobile phones and other devices. Is this a healthy development among young people? Give your opinion. You should write at least 350 words.

NOV 2013
“The most important factor which contributes towards a person’s success is himself.” Do you agree with the statement? Justify your stand, giving relevant examples where appropriate.

JULY 2013
“Everyone should aim to become a millionaire by the age of 35.” Discuss. You should write at least 350 words.

MARCH 2013
Man’s careless attitude is the main cause for the destruction of the environment. Discuss.
NOV 2012
“Women make better leaders than men. “Do you agree? Discuss.
JULY 2012
“Students’ participation in co-curricular activities has been made one of the criteria for entry into universities.” What do you think of this requirement? Give your opinion and support it with reasons.
MARCH 2012
“Education is the most important factor in the development of a country.” Discuss.

YEAR END 2011
 “A person career choice should be determined by his or her interest.” Discuss

MID 2011
The most valuable thing in life is friendship. Do you agree? Discuss. You should write at least 350 words.

YEAR END 2010
In an arranged marriage, the choice of a husband or wife is made by parents or elders. What do you think of this practice in today's society? Discuss. You should write at least 350 words.

MID 2010
The world today is turning more to an electronic communications such as the e-mail, Facebook and short Message System (SMS). What is your opinion of this growing trend? Discuss. You should write at least 350 words.

YEAR END 2009
People commit crime for selfish reasons. Discuss. You should write at least 350 words.

MID 2009
Information and communications technology (ICT) is the cause of today's many social ills. What is your opinion? Support your answers with examples. You should write at least 350 words.

YEAR END 2008
"People are becoming more materialistic. They are concerned with making more money and what money can buy." What is your opinion on being materialistic? You should write at least 350 words.