Saturday, October 4, 2014

Pelik Tapi Benar

sumber google

Cerita yang mungkin biasa bagi sesetengah orang tetapi asing bagiku. Kisah housemate yang sangat menyayangi binatang terutamanya kucing. Selalunya aku hanya terbaca di media sosial sahaja.

Suatu petang, ketika sedang mencari barangan dapur, "Si dia" mencapai makanan kucing yang berharga RM 3X.XX dan membayar membayar dengan duit barangan dapur. Mungkin bagi sesetengah orang duit sedemikian hanyalah cepisan tahi gigi tapi bagi kami yang bergelar student ni yang menggunakan pinjaman pelajaran, jumlah itu agak besar kerana rumah sewa, air, eletrik, barangan dapur dan lain - lain lagi. Diorang siap sediakan tempat makanan dan minuman khas tuk kucing tu.

Suatu petang aku berjalan ke rumah kawan yang berhampiran dan salah seekor kucing mengekori aku. Keesokan harinya, di dewan kuliah, aku ternampak kucing yang mengekori aku tu ada dekat dewan kuliah. Kawan aku cakap kucing tu mengekori diorang sampai ke dewan.

Lastly, habis je kuliah dan kitaorang nak balik rumah, kawan aku sorang ni nak bawak balik jugak kucing tu. Bayangkan dia bersusah payah mencari kotak tuk letak kucing tu. Dan pulanglah kucing tu kembali ke rumah kitaorang. Sebenarnya kucing tu bukan kucing kitaorang pon. Kucing yang main datang dan berak sesuka hati je. hehe


MOral of story : Baru aku tau cam mana kasih sayang terhadap binatang/haiwan. Aku pon tak suka kucing sangat. Takut!! Jangan sesekali mendera haiwan. Seorang pelacur pon boleh masuk syurga sebab bagi anjing minum. Search google k tuk full story!  

No comments: